in

Gambar Megat Evan Raez Anak Intan Sarafina

Ini dia gambar bayi sulung kepada penyanyi Intan Sarafina iaitu Megat Evan Raez yang lahir pada 25 Oktober 2009 lalu. Dah besar dah pun. Umur sekarang dah 9 bulan. Comel tak?

anak intan sarafina

Menyentuh tentang perkahwinannya dengan Iskandar Ezzahuddin yang kini telah berusia hampir dua tahun, Intan bersyukur dengan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu yang dilaluinya itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Bila dah ada anak, saya rasa tanggungjawab lebih lengkap dan melebihi daripada apa yang saya ada sebelum ini,” ujarnya yang pernah muncul dalam drama bersiri Suara Hati sekaligus menyanyikan lagu tema untuk drama itu pada dua tahun lalu.

Biarpun penat melayan kerenah Evan, Intan berkata kehidupannya cukup bahagia dan tidak menolak untuk menambah anak lagi selepas ini.

Intan Sarafina akan tampil dengan single terbaru berjudul Kaulah Syurgaku pada tahun depan. Single ini telah siap dirakam. Ia dicipta oleh komposer baru, Zainal dan diterbitkan oleh Intan sendiri.

“Saya rasa semakin dilupakan dalam industri ini sebab itu kurang tawaran untuk persembahan dan tawaran berlakon langsung tiada. Mungkin kerana mereka ingat saya dah tak aktif atau berhenti terus. Tetapi saya rasa bagus juga sebab sekurang-kurangnya saya boleh menumpukan kepada anak. Sekarang ni anak semakin membesar dan boleh berjalan. Dia juga semakin lasak dan kadangkala membuatkan saya penat untuk melayan kerenahnya. Itu yang saya nampak lebih kurus sekarang.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Linda Onn Pakai Baju Jubah dari Mekah

Mila Jirin Berjaya ke Pertandingan Open Mic UK 2010