in

Gambar Kahwin Wedding Rosma dan Khai Bersanding

Petikan dari mstarOnline.com

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ 

JIKA dua tahun lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mencipta dan menyanyikan lagu Cahaya Cinta ketika majlis perkahwinannya di Kuala Lipis, Pahang, tahun ini pasangan pengantin Akademi Fantasia musim pertama iaitu Rosma dan Khai turut mendendangkan lagu cinta mereka yang berjudul Warna Cinta dalam majlis persandingan mereka.

Sebenarnya, lagu tersebut telah digubah liriknya oleh Khai mengikut lagu asal dalam album pertamanya iaitu Kini Kau Tiada Lagi.

“Lagu ini saya cipta selepas Rosma terkeluar pada Konsert AF1 minggu keenam. Jadi, Sahri adalah orang pertama yang dipaksa oleh saya untuk mendengar lagu tersebut,” ujar Khai ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam.


Bagai pinang dibelah dua pengantin baru Khai dan Rosma (Foto Utusan)

Kedua mempelai pengantin baru ini selamat dinikahkan dua hari lalu oleh jurunikah Masjid Putra iaitu Abd. Manaf Mat, 49 diwakilkan oleh bapa Rosma iaitu Sidik Abu Bakar,71 di Masjid Putra, Putrajaya, kira-kira jam 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan.

Dengan sekali lafaz, Khairul Nizam Mohamad Wahi, 29 dan Rosmayati Sidik, 23 sah bergelar suami isteri setelah ‘cinta rahsia’ mereka dibina sejak lima tahun lalu ketika sama-sama menyertai AF1 pada tahun 2003.

Menurut mereka, perhubungan tersebut sengaja disembunyikan atas permintaan keluarga dan menjaga privasi masing-masing.

Bagi merungkai episod perkenalan mereka, dengarkan apa kata rakan-rakan dan tenaga pengajar di AF1.

“Saya sudah perasan ketika mereka bersama di dalam AF dulu. Bagi saya, itu adalah lumrah manusia dan tidak boleh melarang mereka untuk bercinta.

“Namun saya ada bagi nasihat kepada mereka berdua supaya menjaga tatasusila dan terpulang kepada mereka untuk mendengarnya kerana mereka sudah cukup dewasa dan tahu untuk mengawal keadaan tersebut.


Dua pasangan ini pandai menyembunyikan cinta mereka

“Jadi, saya tak terkejut apabila mendengar mereka hendak berkahwin kerana mereka memang rapat dan saya tahu tentang perhubungan mereka.

“Mereka selalu datang makan di rumah saya apabila ada masa lapang,” beritahu Cikgu Siti Hajar yang mengajar vokal di AF1.

Kata Nija pula, “Selepas Rosma terkeluar dari AF baru saya nampak bibit-bibit Khai merindui dan menyukai Rosma. Oleh kerana Khai rapat dengan saya di AF dulu, dia ada tanya kepada saya samada Rosma ok atau tidak?

“Jika dikatakan mereka telah bercinta di dalam AF, saya tak pasti dan rasanya belum lagi kerana Khai tak bagitahu apa-apa dengan saya.

“Tetapi dalam AF mereka selalu bersama. Jadi, mungkin sebab serasi bersama membuatkan hubungan mereka kekal sehingga sekarang. Saya pernah bagi nasihat kepada mereka ‘gaduh-gaduh tu biasalah'”.

Menurut Atie pula, “Saya dah dapat rasakan sebelum Diari AF1 bermula lagi. Ketika kami berkumpul di hotel, kami ada main permainan nama negeri. Di situ, saya nampak mereka rapat macam abang dan adik.

“Namun, saya nampak chemistry antara mereka. Ketika saya tersingkir, saya tanya kepada Rosma tentang hubungannya dan Khai. Rosma hanya tersenyum. Tidak mengiyakan, menggeleng pun tidak. Jadi, saya dapat baca apa yang dia fikirkan dan Rosma pun tahu saya ni macamana.

“Selepas kami berjumpa dan main boling sama-sama di luar, mereka pandai jaga batas-batas dan tatasusila. Tak pernah nampak mereka bertepuk tampar dan mesra berlebihan.


Semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu

“Dari situ, saya harap hubungan mereka menjadi. Sekarang, wish saya dan Rosma adalah sama iaitu untuk berjuang mengekalkan kebahagiaan di landasan seni ini.

“Kami akan pertahankan kedudukan kami di mata peminat sebab orang selalu cakap jinjang pelamin artis ni sementara sahaja.

“Yang penting sekarang adalah doa dan usaha.” Begitulah ucapan Atie yang sudah berkahwin sejak empat bulan lalu.

Azza pula berkata, “Rosma dan Khai selalu bersama dan nampak hubungan mereka. Dulu mereka hanya berkawan di dalam AF1. Sejak di luar AF memang mereka betul-betul bercinta.

“Saya ingin minta Khai menjaga Rosma baik-baik dan semoga jodoh mereka berkekalan.”

Dalam majlis yang bertemakan warna biru itu, Rosma dan Khai mengenakan dua persalinan.

Untuk majlis persandingan dan menepung tawar, mereka mengenakan pakaian pengantin berwarna biru tajaan D’Risik Collection sambil duduk bersanding di atas pelamin berwarna biru dan krim tajaan pengurus Khai iaitu Fizi.
Mereka berduet lagu “Warna Cinta” hasil ciptaan Khai

Manakala majlis memotong kek yang ditaja oleh Pak Engku Kuzie Catering, mereka menggayakan pakaian pengantin rekaan Calvin Thoo.

Kata Calvin, Rosma memakai gaun pengantin Dutches Satin berwarna putih dengan tampalan renda Perancis yang menjadi idamannya. Sementara Khai mengenakan tuksedo dan sut Dutches Satin berwarna sedondon dengan Rosma.

Sementara keluarga sebelah pihak pengantin lelaki  memilih warna tema biru dan keluarga sebelah pihak pengantin perempuan memilih warna kuning sebagai tema.

Kira-kira 800 orang jemputan yang hadir dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh alumni AF, Nas Adila dengan lagu Joget Pantun Budi dan bapa Khai yang menyanyikan lagu selawat.

Mereka yang mengadakan persembahan adalah Faizal AF4 (Joget Kenangan), Liya AF4 (Bunga), Sahri AF1 (Dealova), Farhan AF4 ( Tak Ingin Sendiri), Haziq AF4 (Umpan Jinak di Air Tenang), Mila AF5 (Demi Cinta Selamanya), dan Bob (My Baby You).

Antara tetamu VIP yang hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh pelakon Sharifah Shahora dan penyanyi Roslan Shah itu adalah penaja dari Aura Seri iaitu pasangan suami isteri Ira dan Dr. Ibrahim.

Turut hadir adalah bekas pengetua AF1 iaitu Freddie Fernandez, Farah AF2, Irma Hasmie sebagai pengapit Rosma, Salima AF4, Yazer, Ekin, dan ramai lagi.

Ketika majlis pernikahan yang lalu, Rosma menerima sembilan hantaran dari Khai berupa wang hantaran RM16,161.61, sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut, sejadah, telekung, senaskhah Al-Quran dan sebentuk cincin bertatah permata berharga RM2,000.

Sementara beliau membalas hantaran Khai dengan 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskhah Al-Quran.

Pasangan ini belum menetapkan lagi lokasi bulan madu mereka yang dijangka pada bulan depan tajaan Aura Seri.

Selepas ini, mereka akan menetap di kediaman Rosma yang terletak di Seri Kembangan, Selangor bagi memudahkan kerja mereka di Kuala Lumpur.

[tags]khai rosma, kahwin rosma, wedding khai rosma, gambar sanding khai, pelamin, tips suami isteri, fourth indiana jones movie, history of indiana jones, indiana jones and the city of gods, indiana jones and the temple of doom, indiana jones teaser trailer, Movie Reviews, naked cate blanchett, raiders of the lost ark, ainul aishah, awek cun, awek ghairah, azwan ali digam utusan malaysia, busana muslim, ct bertudung labuh, fesyen muslim, gaya ayu siti, pengacara tv3, rosnah mat aris celupar, siti bertudung, tudung siti nurhaliza, uncle seekers penipu, video klip panas, awek melodi, ray winstone gay, shia lebouf in indiana jones, dropshot, full back swing, golf swing analysis, how to improve golf swing, How To Improve Golf Swing and Distance, learn golf in malaysia, tiger wife, tiger woods golf swing analysis[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Datuk Siti Nurhaliza Akan Beranak Penghujung Tahun 2008?

Sinopsis Filem Forbidden Kingdom Lakonan Jet Li & Jackie Chan