in ,

Gambar Kad Kahwin Ahmad Fedtri Yahya & Nurul Anati

Budiey nak ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat penulis lirik dan juga personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya dan isteri beliau, Nurul Anati yang telah melangsungkan Majlis Pernikahan semalam iaitu 28 Mei 2011 di sebuah masjid dan majlis kenduri kesyukuran pula akan berlangsung pada 29 Mei di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Manakala, majlis menyambut menantu pula akan berlangsung pada hari Sabtu, 11 Jun di Arena Square, Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak.

Difahamkan, wanita pilihan Fedtri itu adalah seorang guru matapelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong. Pasangan ini dikatakan bertemu buat pertama kalinya di sebuah Masjid dan berkenalan menerusi Facebook.

Klik kat SINI untuk melihat kad jemputan kahwin Ahmad Fedtri Yahya, sangat sederhana dan sempoi. Simple!

Kad Kawin Fedtri

Fedtri turut menjemput Budiey untuk hadir di majlis perkahwinannya semalam, namun Budiey tak dapat hadir. Namun, Budiey akan menyiarkan beberapa gambar semasa majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid. Nantikan gambar kahwin Fedtri dalam masa terdekat. Terima kasih semua.

Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal buat selama-lamanya dan dilimpahkan bahagia dan anak yang ramai. Selamat Pengantin Baru, Fedtri.

Klik kat SINI untuk melihat kad jemputan kahwin Ahmad Fedtri Yahya, sangat sederhana dan sempoi. Simple!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bengkel Solekan & Andaman di Akademi RedGlow

Gambar Majlis Nikah Ahmad Fedtri Yahya