in

Drama Cereka Sains Bersiri V di NTV7

Tayangan perdana versi baru drama cereka sains ,V, akan keudara di Malaysia melalui ntv7

Drama bersiri V ciptaan Kenneth Johnson dan terbitan Warner Brothers yang popular di sekitar tahun 80an kini kembali ke kaca televisyen dengan versi baru.

Menurut jalan cerita drama ini makhluk asing tiba-tiba datang ke Bumi kononnya dengan damai walhal mereka sudah pun wujud di Bumi sejak berzaman lagi dan mempunyai agenda terselindung. Tema ini diketengahkan semula dengan mengguna pakai teknologi penerbitan terbaru.

Musim pertama siri 13 episod ini akan ditayangkan di kaca televisyen penonton Malaysia melalui ntv7 bermula 24 Julai, setiap Sabtu, jam 8.30 malam.

Episod pertama bermula dengan kemunculan serentak kapal angkasa di 29 buah bandar besar di dunia. Anna (Morena Baccarin), pemimpin makhluk asing yang cantik dan berkarisma menyakinkan penduduk bumi mereka datang secara damai.

Sebilangan penduduk bumi mencurigai keikhlasan makhluk yang kononnya menginginkan keamanan. Agen FBI anti keganasan; Erica Evans (Elizabeth Mitchell) mendapati bahawa makhluk asing itu sebenarnya telah berada di bumi sejak beberapa dekad dan berjaya memasuki institusi kerajaan, perniagaan, dan keagamaan di seluruh dunia dan kini berada di tahap akhir misi mereka untuk menaluki dunia. Erica menyertai gerakan bawah tanah yang turut dianggotai oleh Ryan (Morris Chestnut), seorang agen makhluk asing yang berpaling tadah dan kini menyebelahi penduduk bumi untuk membela nasib manusia sejagat.

Walaubagaimanapun, makhluk asing ini berjaya memenangi hati penduduk bumi dengan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan menyatukan warga belia, termasuklah anak Erica; Tyler (Logan Huffman) yang tanpa disedarinya berkhidmat sebagai pengintip mereka.

Siri ini telah meraih rating tertinggi untuk tayangan perdana di A.S., mencecah sehingga 14.3 juta penonton (sumber:NHI, Nielsen Galaxy Explorer Live) dan 2.1 juta di Kanada (sumber: BBM Kanada). E!Online mengeluarkann kenyataan bahawa “dari skala 1 hingga 10, kami beri 11. V ialah siri terbaik yang pernah kami tonton, bukan sahaja sesuai buat masa ini tetapi selamanya”.

Robert Bianco dari USA Today pula telah menempatkan V di dalam senarai 10 cerita terbaru, menyatakan bahawa “pembikinan semula siri ini telah dilakukan dengan baik dan telah berjaya membina identitinya sendiri.” Sementara itu, The Hollywood Reporter mengulas siri baru ini sebagai sebuah cerita yang boleh menarik peminat setia dan tidak mustahil mendapat liputan yang meluas.” Wartawan hiburan bagi King Features, Cindy Elavsky menggelarkan V sebagai siri televisyen yang baru yang terbaik buat masa ini. Tambahnya, “Efek khas yang digunakan amat berkualiti, penulisan yang bijak dan relevan serta lakonan yang mantap. Lima minit pertama boleh membuatkan anda terpaut untuk menonton keseluruhan musim drama ini”

“Sebagai stesen televisyen yang menyasarkan penduduk urban, kami berasa teruja kerana dapat menyiarkan tayangan perdana drama bersiri V ini kepada penonton di Malaysia,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7. “Drama bersiri ini telah mendapat sambutan yang hebat di A.S dan Kanada, kami berharap penonton di Malaysia akan turut tertarik dengan rancangan ini.”

“Kami juga amat berterima kasih kepada Toshiba selaku penaja utama drama bersiri ini rancangan ini turut menjadi platform penjenamaan yang baik untuk ntv7 dan Toshiba,” tambah Airin.

Barisan pelakon yang hebat seperti Elizabeth Mitchell (berlakon didalam Lost, ER, The Lyons Den, The Linda McCartney Story), Morris Chestnut (Boyz in the Hood, The Earnest Green Story, G.I. Jane), Lourdes Benedicto (NYPD Blue, Titans, The Nine, 24, ER) , Joel Gretsch (The 4400, The Legend of Bagger Vance, Minority Report, Taken), Scott Wolf (Party of Five, Everwood, Emmet’s Mark, White Squall), Laura Vandervoort (Smallville, Into The Blue 2, CSI) dan Morena Baccarin (Firefly, Serenity, Heartland, The O.C.), V dijangkakan menjadi drama bersiri terbaru yang mampu menambat hati penonton.

Jangan ketinggalan menonton V, pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam bermula 24 Julai hanya di ntv7. Bulan Julai juga merupakan ulang tahun ke-12 Saluran Ceria Anda. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web www.ntv7.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?

Gambar Julia Ziegler di Media Gathering MASIF 2010