in ,

Gambar Intim Juliana Evans Bersama Jejaka Inggeris

Apa Komen Zizan Tentang Foto Intim Jue Evans Bersama Jejaka Inggeris?

Minggu lalu kecoh apabila aktres cantik, Juliana Evans @ Jue mengenai penyebaran gambar intim aktres itu bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih barunya.

Dari jauh, menerusi laman Twitter, pelakon yang sedang mengikuti jurusan komunikasi massa University Michigan, Amerika Syarikat itu ada menulis yang dia tiada masa untuk itu berteman lelaki kerana keutamaanya adalah belajar.

Sementara disini, rakan baiknya, pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak, tidak terlepas dari dihujani pelbagai persoalan daripada banyak pihak termasuk peminat mengenai hal itu. Rata-rata ingin mendapatkan pengesahannya mengenai hubungan Juliana dengan jejaka yang dikenali sebagai Nate Miller itu.

Zizan memberitahu dia tidak terkejut dengan penyebaran gambar intim Juliana Evans bersama seorang lelaki Inggeris itu.

Ini kerana dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon kacukan itu. Justeru, dia tidak perlu berasa terkejut dengan kewujudan gambar terbabit.

Sebaliknya pelakon Hantu Kapcai ini tumpang gembira sekiranya Juliana sudah pun menemui pasangan serasi.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

“Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya.

“Memang saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri,” kata Zizan kepada Berita Harian hari ini.

Juliana Evans Scandal

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siaran Langsung Konsert Amarkala Deepavali Di TV2

Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia Teraju Utama CINTA ITU MILIKKU