in , ,

Fizz Fairuz Kecewa Babaknya Dipotong dalam COAST GUARD

Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan perasaan kecewa kerana banyak babak lakonannya dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif yang dipotong hingga membuatkan jalan cerita wataknya nampak seperti tergantung.

Menurut Fizz, dia ditawarkan watak pembantu dalam filem Coast Guard oleh penerbitnya, Arie Zaharie hanya pada saat akhir.

“Saya juga terima tawaran untuk berlakon watak pembantu dalam filem ini kerana tidak pernah melakonkan filem aksi beruniform sekali gus memberi sokongan pada rakan dalam industri seni tanah air.

“Mengikut skrip, saya juga terbabit dalam banyak babak di laut membabitkan tempoh 12 hari penggambaran filem itu. Watak saya juga agak mencabar dalam filem itu kerana membabitkan dalam laut dan aksi yang semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

“Namun, saya berasa agak kecewa bila mendapati terlalu banyak babak lakonan saya yang dipotong dalam filem itu. Sebagai pelakon, saya juga sudah buat yang terbaik dalam filem itu,” 

Fizz ditemui pada malam gala Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang baru-baru ini.

Mengulas kerjasama dengan arwah Pitt pula, kata Fizz, dia selesa bekerjasama dengan pengarah terbabit.

“Arwah Pitt seorang pengarah yang versatil, dia nampak garang di lokasi penggambaran tetapi dia tahu apa yang dilakukannya sebagai pengarah.

“Saya percaya, jika arwah Pitt masih hidup dan sempat menyiapkan kerja ‘editing’ akhir untuk filem ini, pasti hasilnya lain dan lebih bagus,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia diterajui gandingan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin.

Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Hazama, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Jaja Iliyes, Hazama Azmi, Sherie Merlis, Datuk Aziz M Osman dan ramai lagi.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam bermula semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iqiyi

95% Penonton Nikmati Rancangan Cina Menerusi Platform OTT

MEERQEEN

Meerqeen Alami Depresi Bawa Watak Adi Dalam NENEK BONGKOK TIGA