in ,

[GAMBAR] Hannah Delisha Berkaraoke Bersama Peminat

Seramai 30 pelanggan bertuah Celcom yang juga pemilik baru Huawei Nova 3 dan Nova 3i begitu teruja apabila berpeluang berkaraoke bersama artis muda Malaysia, Hannah Delisha, baru-baru ini.

Acara tersebut begitu meriah dan meriangkan pelanggan bertuah Celcom apabila mereka dapat bersama menyanyi dan menari dengan Nova Superstar tersebut selama dua jam. Mereka juga mencipta suasana swafoto yang ceria dengan telefon baru mereka, serta diraikan lagi dengan pelbagai cenderahati khas daripada Huawei.

Hannah Delisha Berkaraoke Bersama Peminat

Parti Karaoke bersama Hannah Delisha tersebut merupakan sebahagian daripada program promosi bersama Celcom dan Huawei, bagi menghargai pelanggan setia yang merupakan antara pemilik terawal telefon pintar Nova 3 dan Nova 3i.

Telefon pintar kategori pertengahan daripada Huawei itu lebih mudah dan mampu dimiliki, di mana ia diberikan PERCUMA apabila pelanggan mendaftar dengan pelan Celcom Mobile Platinum, atau hanya dengan RM84 sebulan melalui ansuran bulanan tanpa faedah oleh Celcom EasyPhone.

Hannah Delisha Berkaraoke Bersama Peminat

Huawei Nova 3 dijual pada RM1,899.00 (harga runcit) Nova 3i pada RM1,249.00 (harga runcit). Bagi maklumat lanjut mengenai tawaran Celcom untuk Huawei Nova 3 dan Nova 3i, sila layari www.celcom.com.my

Hannah Delisha Berkaraoke Bersama Peminat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hadiah Wang Tunai RM32,000 Menanti Anda di Hot Selebriti!

Yang Best Masa Menonton Dokumentari RAILROAD AUSTRALIA