in

Yang Best Masa Menonton Dokumentari RAILROAD AUSTRALIA

Cabaran Pemandu Keretapi di Australia Dalam Dokumentari “Railroad Australia” di TV1

Menarik untuk dikongsikan dengan seluruh penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dokumentari bertajuk “Railroad Australia” yang membawakan cabaran dihadapi pemandu keretapi penumpang dan keretapi perlombongan semasa perjalanan dari satu bandar di pantai timur ke satu destinasi di pantai barat. Dalam perjalanan melintasi benua Australia, pemandu-pemandu menghadapi pelbagai rupa bumi dan halangan di landasan.

Disiarkan mulai 4 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1, dokumentari ini turut dimuatkan dengan adegan penyelesaian masalah dan bagaimana pemandu-pemandu menangani cabaran supaya perjalanan mereka tidak terjejas. Segalanya tentang keretapi terbesar di dunia ini dibahagikan kepada lapan episod berbeza.

33547_352.jpg

Pertamanya menceritakan bagaimana keretapi perlombongan mempunyai seratus gerabak dan membawa bijih besi bernilai berjuta-juta dollar dari Melbourne ke pelabuhan Geraldton yang berada di pantai timur. Perjalanan ini mengambil dua hari dan bagi mengelakkan gangguan perjalanan, keretapi ini mempunyai seorang mekanik dan penyelenggara. Ia membawa penumpang dari Melbourne ke Cairns melintasi gurun Savannah dan kawasan pergunungan di Adelaide. Dalam perjalanan ini penumpang mengalami iklim panas dan sejuk. Di kawasan pergunungan pemandu menghadapi cabaran ‘traction’ roda disebabkan kelicinan landasan akibat hujan. Pemandu hendaklah mahir dalam membawa keretapi dengan selamat.

Episod dua tentang perjalanan dua buah keretapi kargo, dan sebuah keretapi penumpang. Sebuah tren kargo jarak jauh mengangkut hasil pertanian seperti gandum, daging dan kapas dari bandar Sydney ke pelabuhan Dubbo. Tren kargo ini melalui pergunungan Blue Mountains dan mengambil masa selama empat hari untuk sampai Dubbo. Pemandu tren bergilir selepas dua hari dan tanpa berhenti. Tren kargo dari Melbourne ke Perth pula mengambil 32 jam tanpa henti. Tren penumpang Savannah Lander membawa penumpang dari Cairns ke Forsyth melintasi kawasan gurun dan landasannya sentiasa dilintasi haiwan liar. Mujur pemandu tren ini cekap dalam menangani haiwan liar. Perjalanan tren ini mengalami gangguan akibat kerosakan brek dan diperbaiki oleh pemandu. Penumpang direhatkan suatu malam dan pemandu meluangkan masa untuk menyelamatkan seekor buaya yang tersesat.

Railroad-Australia-S2B-web-1

Perjalanan keretapi yang seterusnya membawa muatan tebu dari ladang ke kilang gula dan perjalanan pulang Savannah Lander serta keretapi kargo dari Dubbo. Sebuah keretapi yang mengangkut hasil tebu dari ladang-ladang di Queensland perlu segera ke kilang pemprosesan gula di Millirao supaya kualiti hasil keluarannya tidak terjejas. Ketika itu muatan tebu sebanyak 40 tan menghadapi jerebu dan landasan yang sempit. Keretapi yang telah membawa muatan hasil pertanian dari Sydney ke pelabuhan Dubbo kini pulang ke Sydney dengan mengangkut barangan keperluan dalam 62 gerebaknya. Keretapi penumpang ‘Savannah Lander’ kini pulang ke Cairns dari Forsyth tanpa insiden serius.

Ikuti episod perjalanan dua buah keretapi kargo dan sebuah keretapi klasik serta bersejarah yang menghadapi masalah yang dihadapi dan usaha penyelesaiannya. Keretapi perlombongan membawa muatan bijih besi dari lombong-lombong di kawasan Pilbara ke pelabuhan Port Headland. Perjalanan keretapi ini terganggu bila sebahagian daripada landasannya rosak dan pasukan penyelenggara mengambil masa untuk mengganti 73 meter panjang landasan berkaitan. Sementara itu keretapi yang membawa barangan keperluan dari Port Headland ke bandar Perth mengalami kerosakan sistem auto pengisian minyak. Manakala keretapi klasik ‘Pichi Richi’ menonjolkan kelainan kerana pekerja di stesen dan dalam keretapi ini adalah secara sukarela. Penumpang memilih menaiki keretapi ini untuk mengimbas kembali zaman silam dan menikmati panorama keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanannya.

Dikongsikan juga perjalanan keretapi mewah ‘The Ghan’ membawa penumpang dari bandar Adelaide ke bandaraya Darwin merentasi kawasan gurun. Tren ini menghadapi kerosakan alat interkom. Juruteknik dapat membaiki kebalnya supaya penyelia tren dapat berhubung dengan penumpang-penumpangnya. Landasan ini juga dilalui sepuluh buah tren kargo yang membawa muatan kargo sebanyak 5000 ton. Di Tasmania pula terdapat sebuah tren klasik berenjin stim yang membawa penumpang dari Queenstown ke Strahan. Penumpang dapat menikmati keindahan hutan semulajadi dan menariknya pemandu tren ini merupakan seorang wanita.

Cabaran yang dihadapi oleh pemandu dan pengurus tren penumpang mewah ‘The Ghan’ merentasi benua Australia dari Adelaide di selatan ke Darwin di utara. Selain dari masaalah brek yang dibaiki dengan serta-merta tiada insiden serius yang berlaku dalam perjalanan 3 hari. Ia juga mengisahkan kesanggupan dua orang jurugambar yang mengejar tren untuk merakamkan foto-foto menarik. Dave dan Eddie terpaksa melintasi kawasan pinggiran rel yang tidak rata untuk mengambil foto jarak dekat dari beberapa sudut.

Episod tujuh menyorot kisah perjalanan keretapi klasik, keretapi kargo dan keretapi penumpang Savannah Lander. ‘Snow train’, keretapi berenjin stim membawa pelancong dari Melbourne ke Trataloon di mana pemandu terpaksa berhenti untuk memeriksa tingkap yang pecah kerana dibaling batu oleh kanak-kanak di tepi landasan. Perjalanan disambung setelah juruteknik memaklumkan tiada keosakan enjin. Perjalanannya merentasi kawasan pergunungan dan landasannya sentiasa diperiksa. Keretapi ini mengalami kebocoran tiub air dan terpaksa berhenti untuk membaikinya. Keretapi membawa kargo hasil pertanian gandum dan hay berulang-alik dari Horsham ke pelabuhan Melbourne. Ini berlaku setiap hari pada musim menuai.

Akhir sekali saksikan episod keretapi kargo yang membawa hasil pertanian dari bandar Narrowmine ke pelabuhan Dubbo, keretapi penumpang dari Perth ke Sydney dan keretapi klasik yang berulang- alik dari Strahan ke Queenstown. Keretapi penumpang ‘Indian Pacific’ mengalami kerosakan landasan semasa perjalanannya dari Perth ke Sydney. Keretapi kargo yang membawa hasil pertanian dari Narrowmine ke Dubbo terpaksa melalui beberapa lintasan jalan raya. Pemandu tren bernama Bernie merupakan pemandu berpengalaman dan telah bekerja selama 34 tahun. Tren ini yang berusia 60 tahun tidak mengalami kerosakan dan perjalanannya adalah lancar.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[GAMBAR] Hannah Delisha Berkaraoke Bersama Peminat

Yang Menarik Tentang Travelog KEMBARA DAMAI