in

Sekitar Sesi Ramah Mesra Dengan Pelakon Drama Rempit VS Impak Maksima

Pada 16 Februari lalu jam 2 petang, satu sidang media dan majlis ramah mesra bersama dengan pelakon Rempit VS Impak Maksima telah diadakan di Sri Pentas, Damansara Utama.

Semalam, kita telah tonton episod pertama drama arahan Ahmad Idham ini yang bersiaran di TV3 dalam slot Aksi, jam 9 malam. Drama penuh aksi gabungan dua elemen iaitu motor dan sukan drift yang penuh dengan dramatik dunia remaja dan dunia kota ini dibintangi oleh Zeyna Ibrahim (Farhana), Iqram Dinzly (Ijal), Zed Zaidi (Danial), Puteri Fatin Nasuha (Tina), Nas T (Bidin), Dina Malaysian Idol, Siti Elizad, Shukery Hashim & Dian P. Ramlee.

Pengambaran sudah pun siap selama sebulan sahaja dan baru habis minggu lepas. Tapi pengambaran memang susah juga sebab melibatkan perluma

Dina turut mendendangkan sebuah lagu yang menjadi lagu tema drama ini.

Bagi Budiey, apa yang menjadikan drama ini BEST ialah:

  1. Menggabungkan dua filem dan ada dua benda yang remaja suka, Motor dan Drift
  2. Pertama kali Budiey lihat Dina berlakon drama.
  3. Kemunculan Zeyna, pelakon drama Kami dan filem Kami The Movie. Drama ini boleh menaikkan nama Zeyna. Budiey rasa, Budiey suka lakonan Zeyna, bersahaja dan tak terikat dengan skrips sangat. Sempoi!
  4. Lagu tema pun kita mantop jugak.

Drama ini diterbitkan sebanyak 13 episod mengisah Farhana lakonan pelakon baru yang Budiey kira sangat berbakat, Zeyna Ibrahim. Gadis lincah ini cuba memartabatkan perlumbaan motosikal haram ke arah perlumbaan yang berprestij dalam masa yang sama dibebani oleh janji kepada keluarganya. Budiey rasa, drama ini akan memberi pengajaran kepada anak muda yang diberi pilihan untuk jadi manusia berguna daripada menjadi mat rempit.

Zeyna ditemuramah oleh wartawan My TV3

Sinopsis Rempit VS Impak Maksima
Kisah bermula apabila Farhana yang menjadi anak tunggul kepada Datuk Razali dan Datin Aziah, ahli korporat yang mengendalikan bisnes kejuruteraan permotoran. Secara tak langsung, Farhana sendiri dekat dengan dunia permotoran dan sukan drift. Datuk Razali mendidik Farhana dan memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menerajui syarikat itu dan membawa bisnes itu ke tahap yang lebih tinggi.

Farhana seorang yang optimistik dan berfikiran positif. Farhan sering menganjurkan macam-macam acara yang berkaitan dengan dunia sukan drift dan berupaya menjadikan motosikal sebagai sukan extreme dan elit. Dalam masa yang sama, Farhana janji akan berkahwin dengan seorang jejaka pilihan familinya tetapi dengan syarat misinya berjaya.

Farhana bertemu dengan Ijai, seorang mekanik motosikal dan melihat Ijai boleh memberikan Farhana harapan dalam mencapai misinya.Farhana mencadangkan agar Ijai menjadi seorang ikon jaguh motosikal yang disegani. Farhana tidak menaruh harapan sebab menganggap Ijai seorang lelaki yang dingin.

Keyakinan Farhana dalam misinya pudar apabila dia terus mengenali Ijao dan bergelumang dengan kawan-kawannya yang liar. Farhana semakin buntu apabila cabaran perniagaan semakin menyimpang tetapi percaturan perasaan mula mendominasikan fikiran. Tarikh Farhana kahwin semakin dekat dan pada masa yang sama Farhana terjerat dengan cinta Ijai. Adakah Farhana berjaya mencapai matlamatnya? Adakah Farhana akan menjadi isteri kepada lelaki pilihan ibunya?

Saksikan kesudahan drama di slot Aksi ini setiap Isnin, jam 9 malam di TV3

Antara pelakon yang hadir…

Zeyna Ibrahim sebagai Farhana. Mantop!

Iqram Dinzly, herooo…

Dina, dari penyanyi ke dunia lakonan

Zed Zaidi ni selalu ceria kalau jumpa Budiey. Mesra!

Eizlan Yusof yang tiba awal. Vie Shanti mesti suka ni… hehe

Puteri Fatin Nasuha pelakon drama Puteri Salju pun ada.

Cool maroon!

Watak Anne Abdullah dalam drama ni bukan penggoda tapi sebagai ibu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa

Filem Rasukan Ablasa Merasuk Di Pawagam 26 Februari Ini