in , ,

Fouziah Gous Bukan Jenis Isteri Penyibuk, Takkan Periksa Telefon Suami

Pelakon dan usahawan Fouziah Gous berkata dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya, Zhafran Md Yusof kerana saling percaya serta menghormati privasi.

Fouziah Gous berkata dia memilih untuk menjalani kehidupan yang tenang dan dia tahu bahawa suaminya menjalankan tanggungjawab. 

“Saya takkan periksa telefon Zhafran sebab saya bukan jenis isteri yang penyibuk, selain sangat menjaga privasi orang walaupun terhadap suami sendiri.
“Saya hidup dengan rasa percaya dan fikiran tenang. Saya tahu suami sentiasa ada apabila diperlukan, tunaikan tanggungjawab, manakala saya juga lakukan amanah sebagai seorang isteri.
“Apa lagi yang saya mahu? Saya takkan cari masalah, tambahan pula sejak berkahwin 10 tahun lalu, kami sentiasa bersama saat susah senang,”

– Fouziah Gous

Sementara itu, Fouziah berkata dia tiada masalah bekerja dengan suaminya menguruskan syarikat mereka, Zhafou Global Sdn Bhd.  Katanya lagi, mereka profesional dalam hal kerja dan tidak pernah mencampur adukkan urusan peribadi. 

“Saya selesa bekerja dengan suami, tiada masalah kerana kami profesional serta memahami tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan urusan kerja dan rumah tangga.

“Sebagai ibu, isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Zhafou Global selaku pengeluar FG Walet, masa saya padat, namun di rumah saya tetap laksanakan tugas dan tanggung jawab.

“Suami pun sangat bertimbang rasa, bantu apa yang patut ketika di rumah tetapi walaupun kita ‘kepala’ di tempat kerja jangan terbawa-bawa ego.

“Saya selalu ingatkan diri supaya buang ego terutama dalam rumah tangga sebab ada sebilangan wanita yang terlupa perkara ini sehingga jadi dominan,” katanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

26 Selebriti Pilihan Rizman Ruzaini Mewakili 100 Rekaan Koleksi Raya RR

AirAsia Lancar Kempen Promosi Thailand Bersama Pelakon Thailand Tay Tawan