in

Peraduan Makan Malam Bersama Naizle di Restoran Intai-Intai

Mahu makan malam bersama dengan penyanyi lagu Pendeta, NAIZLE di Restoran Intai-Intai?

4055463249 214C64D97A O | 4

Bukan sekadar dapat makan malam bersama pasangan anda, malah sekiranya terpilih, anda juga adalah orang yang pertama secara eksklusif dapat menonton video muzik untuk single pertama NAIZLE iaitu… PENDETA! Dan tak lama lagi, Naizle akan muncul dengan single kedua berjudul TENTANGMU! Bermakna ini melengkapkan 4 buah lagu kesemuanya.

Serentak dengan itu juga, anda bakal menyaksikan pelancaran lagu single Naizle ini.

Rasanya, ini bukan kali pertama Budiey mengajak pembaca untuk makan malam bersama artis di Restoran Intai-Intai. Kalau pembaca masih ingat, dulu pernah sekali Budiey ajak korang melalui satu peraduan gambar romantis untuk makan malam bersama grup SEVENSOUL.

Tarikh: 5 Disember 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Intai-Intai Restaurant, MRR2
Tema: Putih

Kali ini, Budiey ingin menjemput 3 pasang couple… untuk makan malam bersama NAIZLE.

4150170748 72545Ff8Ca O | 5

Caranya senang sahaja… anda perlu menjawab 3 soalan berkenaan dengan video muzik terbaru NAIZLE iaitu PENDETA.

  1. Di manakah lokasi pengambaran muzik video PENDETA?
  2. Sebutkan nama pelakon tambahan yang turut berlakon dalam muzik video ini
  3. Sebutkan judul drama yang menggunakan lagu PENDETA sebagai lagu tema.

Untuk pemutus seri, sila penuhkan slogan ini.

Saya ingin makan malam bersama Naizle di Restoran Intai-Intai kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 6

Tarikh tutup peraduan:
4 Disember 2009

Tajuk Email: Peraduan Makan Malam Bersama Naizle

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui email. 
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

4150415282 85Ea2Dc06E O | 7

Untuk info, sila layari:

http://www.budiey.com/sekitar-pembikinan-muzik-video-pendeta-naizle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bakal Juara Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009

Gambar Farliana Penyanyi Baru Di Bawah Pengurusan Julfekar