in

Gambar Dynas Mokhtar di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire

Syabas dan tahniah buat pengasas DNA (bukan Dynas & Awal ya, hahaha, DNA kat sini ialah Dynas Nursing Attire) yang telah membuka butik baru di eCurve, Mutiara Damansara jam 2 petang tadi. Memang meriah sekali dengan kehadiran ramai selebriti yang cun-cun dan masih bergetah walaupun mereka ni bergelar ibu. Camna la diorang ni jaga badan kan? Semua slim molim lagi nih. Gambar diorang yang hadir tu Budiey akan letak di masa akan datang ya sebab jap lagi Budiey nak bergegas ke KLCC untuk Malam Prebiu Media Filem Karak. Best ke tak best, kena tonton dulu malam ni, baru boleh rebiu kat korang semua.

Dynas Mokhtar

“We support Breastfeeding, It’s ROCK!” Yeah!

Budiey sampai kat kiosk ala butik terbaru Dynas sangat awal ya, dalam jam 1.30 petang. Masa tu, Dynas masih kat saloon untuk mendandan rambut dan solek. Sempat borak-borak dengan rakan media lain sementara menunggu majlis bermula.

Antara selebriti yang Budiey nampak hadir paling awal ialah Sari Yanti.

Menurut Dynas, pakaian dari DNA ni kiranya sangat kasual konsepnya. Sesuai untuk kaum ibu & isteri yang mengandung dan pada masa yang sama terpaksa bekerja di ofis. Jadi formal wear turut boleh didapati di DNA. Bukan itu sahaja, kalau nak beli baju kurung, jubah pun ada juga. Mahu beli sepasang dan satu set dengan anak pun ada. Memang cun! Contoh tengok sendiri baju yang dipakai oleh Dynas & Khyra ni. Sangat selesa dan trendy. Kepada anda yang nak datang tengok dan beli, bolehlah kunjungi K-F3-D, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara.

Jam 2 petang, Dynas muncul dengan pakaian DNA terbaru berwarna hijau daun pucuk pisang. Kira satu setlah dengan baju yang dikenakan pada anak perempuannya, Khyra. Comel je Khyra ni kan?

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sari Yanti & Anak di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire

Drama Taubah Lakonan Eman Manan Jehan Miskin