in

Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan di TV Hijrah

Program bual bicara interaktif Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan (Musim Kedua) kini sedang disiarkan di TV Hijrah. Jom sekali sekala kena tonton program macam ni.

Berbekalkan isi kandungan rancangan yang diperluas serta ditambahbaik, Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan (Musim Kedua) dilihat mampu menjadi platform pilihan bagi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan pendidikan buat anak mereka seawal umur sehari.

disebalik tabir (4)

Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan Menemui Penonton TV Hijrah Untuk Musim Kedua

Dengan rahsia sehari RM1, pelbagai faedah akan diperoleh dengan pakej penabungan yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan (Musim Kedua) disiarkan sebanyak lima episod, setiap Isnin, jam 9 malam bermula 15 Oktober 2018 yang lalu.

Tidak mahu terlalu serius dalam membincangkan tajuk-tajuk pilihan, Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan (Musim Kedua) dirakamkan di Pullman Putrajaya dalam set yang lebih santai dan menyegarkan.

Penonton berpeluang menyaksikan perbahasan yang menarik tentang topik-topik seperti Malaysia Kita Punya, #ikutzaman, Pandainya! , Cash ke Cashless dan Gen D bersama panel-panel jemputan seperti Lah Ahmad, Imam Muda Asyraf, Mat Lutfi, Tuan Wan Ahmad Wan Yusoff (Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan Puan Hafiza (Minaz)

“TV Hijrah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepakat untuk terus mambantu penonton memahami perihal tabung pendidikan dalam musim baru ini selepas mendapat maklum balas positif pada musim pertama dahulu.”

“TV Hijrah mengambil posisi dan bertindak menjadi agen penyampai maklumat untuk membuka mata masyarakat bahawa fungsi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah hanya memberikan pinjaman semata-mata tetapi juga sebagai institusi penabungan pendidikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.”

“Justeru, pemilihan Farah Diana Anuar selaku hos rancangan musim ini dilihat tepat dan terbaik memandangkan perwatakan beliau yang santai, bersahaja dan bijak membawa penonton untuk memahami visi dan misi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi tajuk-tajuk yang dibincangkan.” – Penerbit rancangan Puan Syafinah Othman

Tiga segmen utama dihidangkan kepada para penonton kali ini. Segmen pertama adalah Segmen Mari Menabung memberikan penonton input serta informasi berkenaan topik-topik mingguan yang dikupas pihak PTPTN.

disebalik tabir (2)

Segmen kedua adalah Segmen Apa Kata Mereka memaparkan rakaman pandangan orang awam yang diambil secara rawak di sekitar Kuala Lumpur.

Manakala Segmen Yang Mana Satu pula merupakan segmen permainan spontan di antara panel-panel dan hos rancangan. Kedua-dua pihak akan menjawab secara rawak soalan timbal balik dalam masa yang ditetapkan.

Jangan lupa saksikan Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan (Musim Kedua), setiap Isnin 9 malam hanya di TV Hijrah.

disebalik tabir (1)

Mat Luthfi

Imam Muda Asyraf

Farah Diana Anuar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Disalahguna, Zulin Aziz Mahu Saman

Penyanyi Popular Bakal Perform di Jimba Fest Tour