in ,

Temubual Eksklusif Bersama Daphne Iking

Baru-baru ini, Budiey telah menemubual seorang bintang dan selebriti terkenal Daphne Iking. Ikuti Temubual Eksklusif Bersama Daphne Iking ini…

Dapne Iking

1. Daphne telah mencabar diri sendiri untuk menjadi seorang wartawan penyiaran, hos TV, kolumnis dan sebagainya. Bagaimana Daphne membahagikan masa untuk kerja?
Kadang-kadang keadaan boleh menjadi kelam-kabut tetapi apa yang saya pelajari adalah pengurusan masa amat penting dan ia memerlukan disiplin serta usaha. Tetapkan mana yang lebih penting terdahulu. Saya agak bersikap konvensional dan lebih gemar mencatat apa yang perlu saya lakukan. Dengan adanya “to do list”saya dapat menguruskan jadual dan tugas dengan lebih baik. Saya amat sukakan kerjaya saya dan saya tahu saya mesti lakukannya secara profesional dan datang tepat pada waktu malah saya jadikan ia sebahagian daripada etika kerja saya. Dengan adanya etika yang bagus, saya masih boleh dapatkan pekerjaan dan memastikan keluarga saya hidup dengan selesa, terutamanya anak-anak.

2. Selain daripada terlibat dengan dunia penyiaran dan lakonan, apa lagi yang ingin Daphne terokai?
Saya sedang mempelajari untuk menjadi seorang “DJ”. Baru-baru ini saya telah mendaftar di Beatkitchen KL, sebuah akademi DJ yang dimiliki oleh sifu saya, DJ Fuzz. Beliau adalah seorang guru yang bagus dan kini saya menghargai muzik dengan lebih mendalam. Saya amat berpuas hati kerana dapat belajar bagaimana untuk “spin” daripada asas melalui guru yang sangat berpengalaman untuk semua jenis peralatan DJ dan software. Beliau seorang yang cukup penyabar terutamanya apabila beliau mengajar saya- biasalah, orang yang tidak mempunyai latihan muzik yang formal seperti saya, teknik dan lingo muzik boleh menjadi agak mengelirukan pada mulanya. Selain daripada itu, saya juga berharap untuk menulis buku serta belajar merakam video menggunakan DSLR kami (My husband is hogging the Mark 2, so go figure!)

3. Dengar khabar Daphne sekarang ini sedang terlibat untuk pementasan Superkam. Boleh kongsikan dengan lebih lanjut?
Superkam dan kumpulan Extraordinary Femmes ini adalah terbitan Toniq Production. Joanne Kam menghubungi saya selepas beliau menonton video persembahan saya pertama kali (sepatutnya kali terakhir) di standup comedy mic session (Harith Iskandar memaksa saya untuk lakukannya dan standup comedy performance adalah sebahagian bucketlist saya, jadi saya bersetuju walaupun rasa gemuruh)- dan Joanne mempelawa saya jika saya berminat untuk terlibat dalam persembahan komedi beliau. Saya memberitahunya saya tak akan membuat standup comedy lagi tetapi entah bagaimana Joanne dapat memujuk saya untuk lakukan 10 minit standup comedy bersama Shamaine Othman, Joanna Bessey, Jo Kukathas dan Maya Tan Abdullah. Ini adalah skit komedi oleh wanita dimana persembahan akan dilakukan di Black Box, Publika dari 28 Jun sehingga 1 Julai. I’m nervous. Yaiks.

4. Sebagai seorang penulis, bagaimana Daphne mendapatkan inspirasi?
Saya selalunya mendapat inspirasi daripada buku yang saya baca, pengalaman daripada kawan-kawan, pemerhatian sekeliling saya…it depends actually. Agak senang untuk menulis jika ianya dekat dengan hati dan saya sering menggunakan formula ini and it works for me.

5. Daphne telah berlakon di dalam filem ‘Relationship Status’, ada perancangan untuk berlakon di dalam filem/drama yang lain?
Saya ada mendapat tawaran untuk berlakon filem dan tarikh pengambaran hanya bermula Jan/Feb 2013. Jadi tunggu semuanya selesai terlebih dahulu sebelum saya kongsikan dengan lebih lanjut ya!

6. Daphne juga menjadi salah seorang juri untuk Glowing Youthful Mother Contest 2012, pertandingan ratu cantik untuk para ibu. Apa yang membuatkan Daphne tertarik untuk terlibat di dalam pertandingan ini?
Apabila mereka memberitahu saya bahawa ini adalah pertandingan untuk para ibu, saya terus teruja dan rasa sangat berinspirasi untuk bertemu dengan para peserta. Saya dengar pertandingan pada tahun lepas sangat berjaya dan saya telah bertemu dengan pemenang Glowing Youthful Mother Contest 2011. Beliau seorang yang mengagumkan! Saya rasa tidak sabar untuk berjumpa para peserta pada tahun ini.

7. Boleh Daphne kongsikan dengan pembaca mengenai Glowing Youthful Mother Contest 2012 ini?
Pertandingan ini dianjurkan oleh Mega Lifesciences Sdn Bhd bersama Persatuan Nur Sejahtera Malaysia (Wellness Society of Malaysia). Objektif utama mereka adalah menjadikan para ibu sebagai contoh dan duta yang mempunyai kesihatan yang baik untuk keluarga mereka serta masyarakat umum. Pertandingan ini juga bertujuan mengajar mereka mengenai kesejahteraan dan kesihatan diri- terutamanya kesihatan sendi, kulit, hati dan jantung. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh melayari website http://gymc.com.my

8. Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak, bagaimana Daphne membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya?
Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat bekerja dari rumah, jadi saya boleh bersama keluarga. Untuk sesetengah acara, saya boleh membawa anak-anak saya bersama- terutamanya anak yang sulung yang telah terdedah dengan industri ini dan dia berasa sangat seronok melihat saya bekerja. Sekali lagi, pengurusan masa sangat penting. Apabila saya luangkan masa dengan anak-anak, saya akan cuba beri perhatian secukupnya untuk mereka.

9. Boleh Daphne kongsikan dengan pembaca petua bagaimana Daphne kekal cantik dan sihat walaupun sibuk dengan kerjaya?
Tiada ubat yang ajaib untuk kekal sihat kecuali mengekalkan gaya hidup yang sihat. Walaupun ianya agak sukar untuk sesetengah orang, tetapi kita boleh lakukanya. Kadar metabolisme saya telah menjadi perlahan dan agak sukar bagi saya untuk kurangkan berat badan setelah melahirkan anak. Dulu agak mudah untuk saya kurangkan berat badan. Tetapi sekarang saya terpaksa lakukan senaman harian yang tetap serta diet yang sihat. Saya juga meminta pembantu saya untuk menyediakan makanan lebih awal, jadi tiada lagi alasan untuk saya makan makanan ringan atau makanan segera. Jadi saya akan senantiasa membawa makanan tengah hari bersama air masak. Saya masih menyusu badan untuk anak, jadi saya perlu makan nasi tetapi saya gantikan ia dengan beras perang. Saya juga bawa bersama kekacang dan buah-buahan sebagai makanan ringan. Jika saya teringin makan makanan yang manis, saya akan membakar biskut sendiri supaya saya boleh mengawal pengambilan gula dan mentega. Kita tidak boleh hentikan penuaan, walaupun berat untuk kita akui. Jadi paling terbaik untuk kekal cantik adalah bermula dari dalam. I am humbled that my creator is so forgiving and loves me unconditionally. Staying true to myself and serving just HIM, keeps me grounded and sane when the tough gets going.

10. Sebagai seorang selebriti apakah pandangan Daphne jika anak-anak ingin mengikuti jejak langkah Daphne kelak?
Isobel ingin menjadi seorang pereka fesyen. Dia sering melihat saya menjahit dan saya ada “bereksperimen” dengan beberapa pakaian anak-anak saya. Saya bertukar minat daripada menjadi seorang doktor ke wartawan walaupun ayah menghalang, tetapi saya bersyukur saya masih tetap pada pendirian dan saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Sekarang, ayah adalah penyokong tegar saya. Jadi ya, menjawab soalan anda, saya akan membenarkan anak-anak saya lakukan apa yang mereka mahu dan saya menyokong mereka – provided it is something legitimate lah. Hahahaha!

Dapne Iking

Dapne Iking

Dapne Iking

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pemenang Juara Mentor 6 Caroline

AirAsia’s I AM HERE! Photo Contest