in ,

Empat Tahun Berehat, Dafi Rindu Nak Menyanyi

Hampir empat tahun tiada karya terbaru, ianya tempoh yang agak lama buat seorang penyanyi. Menurut penyanyi, Dafi tempoh tersebut membuatkan rasa rindu untuk kembali beraksi.

Single terakhirnya dilancarkan empat tahun lalu, Dafi berkata dia kini dalam proses untuk tampil dengan buah tangan baharu namun mencari waktu yang tepat.

“Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya,”

– Dafi

Kata anak Perdana Menteri ke-9 itu lagi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu sedikit sebanyak membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.

“Sebenarnya, saya pun dalam proses untuk keluarkan lagu baharu, tapi disebabkan PKP dan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya tak dapat nak keluarkan lagi buat masa sekarang.

“Disebabkan sudah lama tak keluarkan lagu, saya rasa kena buat betul-betul dan berikan komitmen 100 peratus untuk mendapatkan hasil yang terbaik,”

– Dafi

Selain bergelar penyanyi, Dafi kini melebarkan sayapnya sebagai pelakon dan terbaharu dia muncul dalam filem Ada Hantu. Filam arahan Hairul Azreen itu kini ditayangkan di saluran Disney+Hotstar

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Setelah 45 Hari Ditidurkan

SANTESH

Loghat Melaka Dalam MURUKU IKAN MASIN Telemovie Khas Merdeka di RTM