in ,

Gambar Cute Anak Hairie Othman & Profile Hairie

blogHairie, sebelum dikenali sebagai pelakon memulakan kariernya dalam bidang perfileman dengan menjadi ‘handyman’ – sebagai tukang buat air dan membantu kerja-kerja selepas tamat penggambaran seperti angkat sampah, menyediakan dan mengemas peralatan produksi filem atau drama dan sebagainya.

Hairie tidak memilih kerja setibanya dari kampungnya, Kuala Nerang Kedah, kerana impiannya ketika itu hanyalah hendak mendapat tempat dalam industri drama. Begitupun, dia tidak pernah memasang impian untuk menjadi pelakon terkenal seperti sekarang. Dia hanya mahu bekerja di belakang tabir sebagai krew atau pekerja filem.

Namun, kerajinannya memikat hati beberapa pengurus produksi yang ‘mencadangkannya’ kepada produksi lain. Ditambah pula Hairie memiliki bentuk fizikal yang menarik selain dianggap mempunyai ‘rupa’.

Nasib menyebelahinya Hairie Othman kerana telah diberi peluang menjadi pelakon tambahan ketika bekerja sebagai handyman. Wajahnya yang tampan pula mendapat perhatian Rashid Sibir yang mencadangkan kepada produser Wan Nor Azmah Abu Bakar dari Azmah Advertising untuk mengambilnya sebagai pelakon pembantu dalam filem ‘Sutera Putih’ yang turut dibintangi Shima dan Bonnie Sta Maria.

Kini nama Hairie Othman menjadi sebutan berikutan peranannya sebagai Leftenan Adnan dalam filem Lt Adnan arahan Aziz M Osman. Dalam filem itu, dia bergandingan dengan Umie Aida. Terdahulu dia digandingkan dengan Nasha Aziz dalam filem ‘Kad Cinta’. Kini filem terbarunya yang bakal menemui penonton ialah ‘Seri Dewi Malam’ berpasangan dengan Maya Karin dan Jeslina Hashim.

Pencapaian Hairies Othman

Kerjaya:
Model dan Pelakon

Iklan yang dijayakan:
Dunhill, Alba, Perillys, Code 10 dan Nescafe.

Drama yang dibintangi:
Hanya diKau, Apartment 1-D, Press, Tiara Point, Tinta Merah dan Melarik Kasih

Filem:
Kad Cinta, Sutera Putih, Tragedi Oktober, Sate, Putera Impian, Leftenan Adnan dan Seri Dewi Malam.

Gambar Anak Hairi Otheman yang comel dan cute:

1448437516 3Da0Dd07E8 O | 4

1447585315 E9C4099810 O | 5

1448437872 5A582B7Ea2 O | 6

1447585811 Ebd2D6A906 O | 7

1448438692 6C3D72D045 O | 8

\1447586695 Aa57D41492 O | 9

[tags]hairie othman, profile hairie othman, gambar hairie othman, gambar anak sheila majid, gambar anak artis, gambar keluarga fasha sandha, gambar anak hairie othman, drama lakonan hairie othman, cute baby, girl cute, comel, anak nama budak, pelakon ditangkap basah, artis tangkap basah, tangkap khalwat selebriti[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal P. Ramlee The Musical ditaja Berjaya Corporation Berhad

Gambar Nikki, Mila, Sarimah, Mukhsin dan Hazami