in ,

Hairie Othman Sertai PAS

Hairie Othman Antara Selebriti Terbaru Sertai Pas. Fuh, makin ramai artis kita dah menyertai Parti Angkatan Rakyat (PAS). Terbaru, Hairi Othman kini menjadi antara selebriti terbaru yang telah menyertai parti PAS.

Hairie dilaporkan telah menyertai Pas apabila muncul berceramah di pentas PAS di Kg Seri Jaya, Batu Gajah, Perak semalam. Beliau dilaporkan akan membawa borang menyertai Pas pada satu majlis yang akan diadakan pada 6 Julai nanti.

Hairie-Othman-Antara-Selebriti-Terbaru-Sertai-Pas

Dalam pada itu, antara selebriti lain yang akan mengikut jejak langkah Hairie nanti pada 6 Julai ialah Leman Raja Lawak dan Zulkifly Ismail (pelakon Gerak Khas).

Selebriti terkenal sebelum ini yang telah menyertai Pas dan PKR ialah Aishah, Bob Lokman dan Dayangku Intan.

“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya untuk masuk ke dalam perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri, Ramai artis yang menyokong BN hanya untuk mencari ‘makan’ dan meneruskan karjaya di dalam bidang hiburan” – Hairie Othman

Hairie juga dilaporkan membidas tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS hanya semata-mata bermotif politik.

“Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?. “Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah.”

Hairie turut berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan dan mengambil risiko di atas pendekatan terbaru beliau ini, katanya;

Hairie dikatakan akan turut bersama dalam membantu dalam misi menawan Putrajaya dan sanggup untuk turun ke seluruh negara dalam misi membantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat, ujar beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andy Flop Poppy Anggotai Band The Malayan

SAH! Aaron Aziz Kini Penduduk Tetap Malaysia