in , , ,

Dafi AF5 & Diana Danielle di Pasangan Romantis Rafflesia Suria FM

Bertempat di Sungei Wang Plaza, stesen radio yang semakin meningkat naik, Suria FM telah menganjurkan 1 kuiz istimewa sempena Valentine’s Day 2008 petang tadi.

Dengan kerjasama dan tajaan utama dari Rafflesia, peserta pertandingan berpasangan ini dihubungi oleh DJ Zizie dan Zhana menerusi rancangan Breakfast at Suria yang ke udara dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi bermula 28 Januari hingga 8 Februari lalu dan pasangan telah diuji sejauh mana mereka mengenali pasangan dengan beberapa soalan berkenaan dengan pasangan mereka.

Hari ini (27 Feb 2008) jam 3 petang hingga 6 petang, pusingan akhir telah diadakan di ruang legar Sungei Wang Plaza dengan mengumpulkan 5 pasangan bertuah yang mana mereka akan duji dengan beberapa soalan berkaitan pasangan. Aspek keserasian dan persembahan duet pasangan untuk lagu My Heart akan menentukan siapa yang menjadi juara dan dinobatkan sebagai Pasangan Romantis Rafflesia.

Sebanyak RM100 ribu ditawarkan kepada peserta akhir yang terdiri daripada:

  1. Azimah Abd Aziz & Azrai dari Cheras
  2. Mardiana Syarita & Shahrulnizam dari Perak
  3. Md Zaki & Suhayati dari Pahang
  4. Norshima & Shafi dari Selangor
  5. Md Khalif & Faizatul Norakma dari Banting, Selangor

Dan pemenang pertama dimenangi oleh… Azimah Abd Aziz & Azrai dari Cheras. Tahniah! Wow! Dapat barangan Rafflesia bernilai RM33 ribu ringgit tu! Kayo… kayo…

Bintang AF5, Dafi dan Diana Danielle turut hadir memeriahkan suasana dan turut menjadi juri serta sempat buat persembahan istimewa. Pertandingan ini dihoskan oleh pengacara Suria FM iaitu Dj Zizie dan Zhana.

Budiey dan Azwan hanya sempat mengambil gambar Dafi dan beberapa peserta di belakang pentas kerana terpaksa ke event lain yang berlangsung jam 3.30 petang tadi. Lepas ambil gambar Dafi, dia minta nak tengok gambarnya di skrin kamera. So, Budiey kasi lah dia tengok. Kemudian, Budiey ada tanya Dafi, pernah masuk blog budiey.com tak? Dengan wajah yang masih blur, Dafi kata, pernah masuk. Budiey pun ceritalah pasal seorang penyanyi remaja yang bernama Iqbal… entri pasal Iqbal, kembar Dafi banyak juga dikomen oleh pembaca… ramai yang cakap muka Iqbal memang tak sama…

Alahai, masa tu lupa lak nak tanya pasal gossip Dafi dengan Gita Gutawa… tapi sah-sah lah dia jawab… no komen… atau Dafi dan Gita, kawan biasa aje. huhu!

Mana gambar Diana Danelle? Mmm… sorry sebab tak sempat nak ambil gambar Diana Danielle yang masih belum sampai.

Sementara itu, Budiey dijemput oleh DJ Lin, PR Suria FM untuk menghadiri Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Adik Sharlinie di Restoran Puteri, Sungai Penchala pada hari Khamis ini, 21 Februari 2008, jam 7 malam.

Kepada si penculik Adik Sharlinie, pulangkan adik Sharline!!!

[tags]suria fm, pasangan romantis, rafflesia, website rafflesia, bill bora, bil elektrik online, zizie, my heart, gambar dafi, iqbal album, diana danielle, gambar zoey, gossip dafi gita gutawa, edison chen story[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Band Hujan, Jacklyn Perform di Astro Fest 2008

Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya