in ,

Gambar Azwan Ali Buat Umrah Di Mekah

Ini dia gambar Azwan Ali masa buat umrah bermula 7 hingga 24 September lalu. 18 hari 16 malam, cuma ada masa 5 hari je kat Madinah, selebihnya dihabiskan dengan beribadat di Mekah, pastinya satu pengalaman yang indah. Budiey dapat tahu, Julia, penyampai Suria FM pun turut serta dalam rombongan ini. Untuk Julia, kalau ada ole-ole untuk Budiey, hulur-hulur la ya. Hehehe.

Khabarnya, Azwan Ali dah bertaubat dan sikit sebanyak kerja umrahnya membawa kesan positif yang dapat memberikan perubahan. Azwan Ali dah tak mahu lagi disamakan dengan Azwan Ali yang dulu. Awal-awal lagi, beliau telah memaafkan segala fitnah dan gossip yang melibatkan dirinya.

Dalam pada itu, Azwan Ali bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah, dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali termasuklah 10 orang wartawan yang pernah dimaki hamunnya. Jangan salah anggap pula, tujuan Azwan Ali sebut dengan terang nama-nama itu supaya Allah memberikan hidayah, bukan minta Tuhan kasi bala ke apa.

Pengalaman paling bermakna?

“Di sana saya banyak mengalami kejadian yang unik di mana rama-rama Kaabah terbang keliling saya dan yang paling menyentuh hati saya pada pagi Syawal, ketika sedang sembahyang raya dengan para jemaah yanglain, rama-rama tersebut telah hinggap di dahi saya selama satu jam setengah. Saya amat tersentuh pada waktu itu dan saya anggap itu adalah nikmat dari Allah s.w.t untuk diri saya. Ketika saya bersama rombongan yang lain melawat sebuah bukit yang diberi nama Bukit Magnet di Madinah juga kami dapat lihat satu lagi nikmat Tuhan yang orang lain tidak dapat lihat. Saya jadi kagum, dengan kuasa Allah, bas yang kami naiki tersebut boleh berjalan 140 km sejam tanpa dihidupkan enjinnya. Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar di sekitar bukit tersebut, kami dapat lihat bas yang kami naiki bergerak sendiri seperti ditarik dan ditolak sedangkan tiada sesiapa yang melakukannya.” [sumber]

Pulang sahaja dari umrah, Azwan Ali tak sabar untuk menyaksikan telemovie muzikal komediterbitannya ‘Cak Cak Raya 2009, Dodol Si Dol Dol’ yang akan disiarkan pada 27 September ini pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pushing Daisies

Kad Raya Dari Aizat Yang Kreatif