in , ,

Gambar Awal Ashaari di Pengambaran Filem Syurga Cinta

Babak di mana watak pemuda urban (Awal Ashaari) memujuk adiknya yang dipegang oleh bintang cilik, Hadziq dari rancangan Tom-Tom Bak untuk menjadi pengutus kepada ustazah yang jelita bersifat alim lagi warak.

Lokasi filem ini dibuat di Sekolah Sri Sedaya, Subang Jaya. Bagi Awal, watak Irham sangat ringan dan mudah untuk melakonkannya.
 

Kalau kita lihat, karakter Awal Ashaari dalam Syurga Cinta menampilkannya sebagai Irham yang pulang dari menuntut di luar negara yang telah berubah sikap dan meninggalkan adat-adat ketimuran. Memang klise watak sebegini bagi Awal. Selalu kita tengok Awal membawa watak budak bandar.

 “Watak sebagai seorang kaki peleseran, pergi ke kelab malam merupakan satu watak yang sering dilakonkan. Namun, di dalam Syurga Cinta ini, babak yang paling sukar untuk saya sampaikan adalah ketika bertemu dengan ustaz. Ianya cukup sukar. Saya perlu bermain dengan ekspresi dan emosi bagi memastikan babak itu cukup berjaya.”

Filem yang menjadi rujukan Awal ialah Ayat-ayat Cinta dan Kiamat Sudah Dekat. Apa-apa pun, Awal hanya melihat dari sudut lakonan kerana perspektif filem Indonesia pada sudut agama agak sedikit berbanding dengan kita di Malaysia.

Awal mahu membawa semua karakter termasuklah budak kampung. Awal mengaku dia tidak bosan melakonkan watak yang hampir sama baik dalam filem mahupun drama. Tetapi apa boleh buat, karakter dan gaya Awal yang nampak macam budak bandar ni, kadangkala kena ‘reject’ oleh penerbit dan pengarah.

“Pernah mencuba minta watak yang berlainan. Tapi ditolak kerana skrip yang diberi tidak sesuai dengan penampilan diri saya. Kalau diberi kesempatan memang saya berminat untuk berlakon watak lain. Sebagai contoh, penagih dadah, pembunuh, gengster dan perogol.”

“Nah! Ambik beg nih, cepat masuk kelas!”

Action!

Here I AM – Leona Lewis

[tags]awal smart, urbanscapes concert, sri sdaya, sedayu tinggi, cheap debt, cinta u turn, Concerts and Events, bukit bintang, cameron johnson, diana danielle beeson seksi, kl, pakai bikini, pakai singkat, romantis, sakit buasir, sakit kepala, shamsul haslam[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saleem, Kristal, Syura, Nowseeheart, Ash Nair, Anis Salwa di Konsert Gegar Olimpik

Gambar Dafi @ Rakaman Zoom In Raya RTM