in ,

Gambar Dafi @ Rakaman Zoom In Raya RTM

Habis sahaja dari Konsert Cornetto, Dafi kembali sibuk dengan show dan beberapa rakaman TV untuk raya. Antaranya, Dafi dijemput oleh RTM untuk mempermbahkan beberapa buah lagunya bersama penyanyi lain seperti Adam, Saiful Apek, Erra Fazira, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

Dafi sedang menunggu album penuhnya siap. Hanya tinggal sebuah lagu lagi yang sedang disiapkan oleh komposer Indonesia. Dijangka akan berada di pasaran bulan Disember ini, album ini dibawah label Sony BMG dan KRU. Antara lagu yang sudah siap ialah Adinda, Lemah, Tiga Kata, Dua Hari, Ingin dan lagu duet bersama Gita Gutawa.

Selain hadir di sambutan ulangtahun KRU ke 16 di Ruums KL pada 25 Julai ini, Dafi akan mengadakan persembahan di Merdeka Show @ Genting anjuran KRU dan Genting.

Dafi begitu berbangga dengan pencapaian KRU yang sudah bertapak di Hollywood. Kejayaan ini memberikan inspirasi dan contoh kepada Dafi untuk berjaya dalam bidang seni.

Dafi akan bercuti pada bulan Ogos ini untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Rasa begitu gembira dan teruja dengan kemunculannya dalam filem Sayang You Can Dance di mana Dafi memegang watak Daniel, sepupu kepada Syarifah Amani.

Dafi sebelum disolek

2638382094 Ff659957A2 | 3

2637554499 B0354Ae584 | 4

 Dafi selepas ditacap

2638384264 5Bebefd4A7 | 5

2638382920 Ab111Cc58A | 6

Bergaya dengan baju Melayu

2638383530 D89607025C | 7

[tags]dafi, baju melayu, hotel, berbuka puasa 2008, selamat, hari, raya, gambar dafi, jaguar, jue jehan terpisah, adam, comel, cute, apple, ayat pengasih, aziz satar, computer laptop. zoom in raya, shima, melissa, adik dafi, nana, ucapan, greeting[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awal Ashaari di Pengambaran Filem Syurga Cinta

Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic