in , ,

Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009

Semalam, jam 3 petang, telah berlangsung Majlis Sidang Media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di Unity Ballroom, Palace of The Golden Horses Hotel Mines City Resort.

Untuk info pembaca budiman semua, ABP 2009 kali ini akan berlangsung pada 4 April 2010 di Arena of Stars, Genting Highland Kota Keriangan.

Sidang media pertama untuk sesi 2009 ini diadakan untuk mengumumkan tarikh, lokasi dan format baru undian pencalonan ABPBH2009. Juga tema pada kali ini ialah PUNCAK KEGEMILANGAN.

Jadi, sekarang dalam peringkat mencari calon baru… dan of course calon-calon artis dan selebriti ternama yang lama juga bakal tersenarai sekiranya mereka masih keluar dengan produk mereka.

Budiey difahamkan, borang pencalonan pusingan awal ABP2009 akan mula dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu mulai 4 Disember 2009. Jadi, jangan lupa undi artis kesayangan anda!

Oohhh… ramai sekali selebriti hadir semalam. Antaranya, adik dan juga kakak kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi yang akan tersenarai dalam pencalonan awal ABP2009. Sairah dan Saida hadir dengan fesyen yang kasual dan memilih warna yang sedondon. Hitam dan kelabu!

 Tengoklah gambar ni… Sairah berdiri dibelakang kakaknya, Saida… dan ini membuktikan pada kita, Saida seorang kakak yang protektif & caring!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009

IZ OIAM Menang Best Dressed Pilihan SMS Peminat ABP2008