in ,

Gambar Alyah di Pelancaran Lagu Pengakuan Tiga

Pada 8 Oktober lalu, Budiey sempat bertemu dengan Alyah yang hadir di Pelancaran Single Terbaru Kumpulan Tiga yang berjudul Pengakuan. Difahamkan, lagu Pengakuan adalah sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Alyah. Lagu ini diperam oleh Alyah sekian lama dan baru sekarang dikeluarkan memandang ia sesuai dengan genre muzik kumpulan Tiga.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga kini sibuk menyiapkan single terbaharunya berjudul Ada Cinta ciptaan Manusia Putih. Wow, mesti best kan? Kalau Manusia Putih buat mesti meletop lagu tu, kan? Difahamkan Alyah sekarang ni tengah sibuk mencari lokasi bagi menjalani penggambaran video muzik Ada Cinta. Alyah mungkin akan melancarkan lagu Ada Cinta pada penghujung tahun ini. Good luck beb.

Oleh kerana lama betul Budiey tak bertemu Alyah, jadi banyakla kan kisah-kisah terbaru mengenai beliau. Terutamanya, sekarang ni Alyah makin aktif menjalani perniagaan tudung turban yang diberi nama GayaAlyah tu. Bukan main seronok Alyah bila dapat tahu, tudungnya itu laris dan Alyah juga mendapat perolehan yang banyak juga. Itu yang membuatkan Alyah bertambah semangat tu.

Kini, Alyah tampil dengan rekaan baru tudung muslimah ini. Alyah juga sentiasa buat kajian dan survey serta terpaksa mengikut perkembangan semasa gaya tudung yang diminati oleh wanita masa kini.

Koleksi tudung GayaAlyah boleh didapati menerusi laman sesawang Eliya Butik.

Gambar Alyah di Pelancaran Lagu Pengakuan dari Kumpulan Tiga

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

ALYAH

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Memperkenalkan Snapshot Artis Terbaru SRC

Ulasan Konsert Sheila Majid & Harvey Malaihollo di DFP