in ,

Gambar Adira Penghias Kulit Majalah EH! Mac 2014

Pada bulan Mac 2014, penyanyi Adira telah dipilih untuk menjadi penghias kulit majalah EH!. Menurut EH! gadis manis ini antara penyanyi generasi baru yang seharusnya diberikan perhatian yang lebih baik seiring pakej yang dimiliki.

Artis yang dicungkil dari program realiti Akademi Fantasia musim ke-lapan ini sebenarnya ada kelompok peminatnya yang tersendiri. Walaupun kemunculan artis baru semakin ramai, namun Adira masih bertahan. Adira akui persaingan dunia nyanyian sengit, dari masa ke semasa akan ada pendatang baru dan sebagai penyanyi, beliau harus sahut cabaran. Bagi Adira, muzik itu sebagai subjektif dan penerimaan orang berbeza-beza.

Adira sangat sukakan lagu-lagu nyanyian Jaclyn Victor, Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz dan Azlan & The Typewriter. Adira memberitahu dia mahu sangat untuk merakam lagu duet bersama Jaclyn Victor.

“Jac adalah penyanyi pujaan saya, suaranya hebat. Saya cukup mengagumi dia.”

– Adira

Hujung tahun lalu, Adira telah melancarkan produk kecantikannya sendiri yang dinamakan Adira Beauty Signature. Sabun yang boleh dibeli secara online ini telah mendapat sambutan dan respon yang memuaskan dari pelanggan. Adira akui dia tidaklah hebat dalam hal berkaitan menghasilkan produk kecantikan tapi dia bersyukur kerana saya punya orang berpengalaman yang membantu saya.

Dalam artikel EH! ini juga, pengarang juga telah mencungkil kisah Adira yang dilabelkan sebagai playgirl. Ada yang kata, Adira tidak dapat hidup tanpa cinta. Jika putus cinta, terus dapat cinta yang baru. Pendek kata, Adira perlu ada teman lelaki dalam hidupnya. Betulkah dakwaan tersebut?

Untuk bacaan lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan majalah EH keluaran Mac sekarang!

adira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari Berkecil Hati Dengan Scha Al Yahya

Sekitar Pelancaran Tiket Konsert 2NE1 2014 WORLD TOUR