Jawaban kepada trivia kita semalam ialah AC MIZAL
Pada hari Jumaat lalu, AC Mizal hadir di kedai alat solek MAC yang merupakan alat kosmetik yang digunakan bagi menatarias para pelakon dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical Season III. Untuk info, teater arahan Dato’ zahim Albakri ini akan dipentaskan di Istana Budaya pada 6 hingga 21 Februari 2009. Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan tiket korang sekarang untuk menonton teater yang kali ini lebih magik, lebih mantap dan lebih mendebarkan berbanding dari musim terdahulu. Walaupun jalan ceritanya sama, namun pembaharuan telah dibuat untuk menjadikan teater ini begitu gah di mata dunia!

Tengah disolek

Sementara Ayie dan Nurul menemubual GUSTI PUTERI

Tatarias yang begitu teliti

Ramai peminat datang mengerumuni

In karakter

Ini dia GUSTI ADIPATI

“Dapatkan tiket cepat sikit, nanti kehabisan.”