in ,

Jawapan Trivia: Sheila Rusly Pelakon Drama Anak Betong

Jawapan kepada trivia Cincin Siapa Ini ialah SHEILA RUSLY.

Siapa kata pelakon yang bertudung dah tak laris. Ha, Sheila Rusly dah buktikan bahawa dia tetap bertahan sampai kiini walaupun dah bertudung. Tapi watak Malika di tangan Sheila Rusly kali ini adalah antagonist.

Menurut Wikipedia, antagonis bermaksud: Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak, atau, kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis adalah watak hitam). Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masing-masing sebagai protagonis dan antagonis.

MESKIPUN sudah bertukar imej dengan tampil bertudung dan berpakaian gaya muslimah, pelakon Sheila Rusly mahu membuktikan dirinya tidak terhad hanya melakonkan watak baik, malah buat pertama kalinya sekembali beliau daripada mengerjakan fardu haji di Makkah awal tahun lalu, pelakon dan pengacara itu tampil dengan watak antagonis menerusi drama bersiri terbaru, Anak Betong.

Drama arahan Jinggo itu diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd.

Jika selama ini, ramai pelakon yang gusar periuk nasi mereka tersekat sekiranya tampil bertudung, sebaliknya pelakon yang lima tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu percaya rezeki ketentuan Allah SWT.

Sheila akui, ramai artis Malaysia yang sudah berhijrah tetapi mereka masih aktif dalam bidang seni seperti Aida Radzwill, Nora dan Safura sekali gus membuktikan artis bertudung tidak pernah dipinggirkan. Malah, dirinya percaya Tuhan pasti membuka pintu rezeki seluas-luasnya pada umatnya yang berhijrah daripada kehidupan silam.

“Saya mahu membuktikan pelakon bertudung tidak terhad melakonkan watak baik atau sebagai ibu dalam drama, malah ada watak hitam dan antagonis yang boleh dilakonkan. Dulu saya lihat artis kita takut nak bertudung sebab bimbang periuk nasi mereka tergugat, tetapi kesedaran artis kita semakin menebal dalam memenuhi tuntutan Islam. Saya percaya Tuhan tidak akan tutup pintu rezeki seseorang yang memenuhi tuntutan agama, malah saya yakin pintu rezeki buat saya dan rakan artis lain yang bertudung akan terbuka luas. Saya juga nak membuktikan sesetengah pendapat bila bertudung, lakonan hanya terhad pada watak baik dan tidak mencabar adalah silap. Sebagai bukti, saya tampil dengan watak hitam sebagai seorang ahli sihir dan pengamal ilmu hitam bernama Malika dalam drama bersiri Anak Betong yang akan disiarkan di kaca TV3 menerusi slot Lagenda pada 26 Januari depan,” katanya pada majlis pelancaran Drama Anak Betong untuk slot Lagenda yang berlangsung di Cafe Felda Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Dalam Anak Betong, Selawat Syifa menjadi penawar bagi ilmu hitam yang diamalkan Malika lakonan Sheila Rusly sendiri. Selain Sheila Rusly, Anak Betong juga menampilkan pelakon Fizz Fairuz, Haire Othman, Ezany Nazarif, Linda Hashim, Wan Norazlin, Maya Matahari, Haiza, Bagio dan Normah Damanhuri.

Drama ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang selama sejam. Ulangannya boleh diikuti di kaca TV9 pada jam 8.30 malam. jangan lupa untuk menonton!

Korang dah tengok semalam drama ni? Boleh kongsi dan Kasi pendapat sikit kat sini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar AC Mizal di MAC Sponsor Puteri Gunung Ledang The Musical Season III

Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?