in , ,

Muat Naik Video Pegang Perut, Ramai Netizen Salah Anggap Nora Danish Hamil?

Kejadian salah faham memang sering berlaku dan tak dinafikan ia akan menjadi besar sekiranya tidak dijelaskan kepada mana-mana pihak yang berkenaan. Tetapi macam mana pula kalau ada yang salah faham ingatkan seseorang wanita itu sedang hamil?

Itu la yang terjadi kepada pelakon cantik manis, Nora Danish apabila video baharu yang dimuat naik olehnya itu disalah ertikan oleh sesetengah peminatnya yang menyangka pelakon berusia 39 tahun itu sedang hamil.

Video yang dimuat naik itu menyaksikan Nora sedang menunjukkan bentuk badannya di hadapan cermin sambil memegang perutnya buat beberapa saat, disebabkan itu ada peminat yang menganggap ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua.

Dalam masa yang sama, komen yang ditinggalkan oleh sesetengah peminat turut menyangka kononnya Ney Ney iaitu anak kedua Nora bakal mendapat adik.

Nora Danish

Namun, seperti biasa Nora tidak membalas mana-mana komen yang ditinggalkan dan perkara tersebut turus menjadi buah mulut peminatnya.

Nora Danish

Untuk makluman, Nora telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinannya pertama kali bersama dengan bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli dan suami terkini, Nedim Nazri.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nora sekeluarga ya!

Sumber foto dan video: Instagram Nora Danish

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 11

“I’m Not In A Good Situation,” – Haqiem Rusli Mohon Maaf, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Janna Nick | 12

Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Menangis Buat Permohanan Maaf Secara Terbuka