in ,

Konsert Bintang K-Pop G-Dragon Menerusi Kempen Unlimited Grooves

U Mobile bakal menggembirakan hati peminat muzik di Malaysia dengan menambah bintang K-pop yang terkenal, G-Dragon ke dalam kalendar Unlimited Grooves mereka, yang akan berlangsung sehingga tahun 2018. U Mobile akan menjadi penaja rasmi syarikat komunikasi bagi konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsung pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kempen Unlimited Grooves

U Mobile Kini Membawakan Bintang K-Pop G-Dragon Menerusi Kempen Unlimited Grooves

Kempen Unlimited Grooves U Mobile diperkenalkan oleh syarikat tersebut bagi membawa muzik kegemaran lebih dekat dengan para pelanggan. Kempen ini bermula pada Mei 2017 dengan penajaan Urbanscapes, festival seni kreatif yang paling lama dianjurkan di Malaysia. Sepanjang tahun 2017, kalendar Unlimited Grooves dipenuhi dengan persembahan para artis daripada pelbagai genre. Selain G-Dragon and Ed Sheeran, Unlimited Grooves juga termasuk Good Vibes Festival (menampilkan antaranya Kodaline, Dua Lipa, Lany dan Najwa) dan siri konsert mini Upfront (antaranya termasuk Tokimonsta dan Lucy Rose).

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata semasa pelancaran kedai induk syarikat di Berjaya Times Square bahawa U Mobile gembira menjadi penaja rasmi syarikat telekomunikasi bagi G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur. “U Mobile sentiasa mengutamakan muzik dalam penawaran kami kerana ramai pelanggan meminatinya. Kami secara agresif telah mencari pelbagai idea untuk memberi peluang kepada para pelanggan supaya dapat menikmati lebih banyak acara muzik. Kami bangga dapat menjadikan konsert G-Dragon di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Unlimited Grooves U Mobile!”

Beliau menambah, “Seperti biasa, para pelanggan kami akan ditawarkan manfaat eksklusif semasa konsert G-Dragon nanti. Jika anda pelanggan U Mobile dan akan menghadiri Good Vibes Festival pada 12 dan 13 Ogos ini, anda boleh meninkmati keistimewaan ini di U Mobile Zone, sebuah kawasan yang direka khas untuk acara tersebut.”

Semasa perasmian kedai induk, Jasmine turut menyentuh tentang kemajuan rangkaian perhubungan syarikat menerusi pelancaran jalur spektrum 900MHz dan 1800MHz yang dianugerahkan oleh kerajaan pada tahun lalu. Beliau berkata, pelanggan sudah pun dapat menikmati mutu dan liputan rangkaian yang lebih baik untuk menjadikan pengalaman U Mobile mereka lebih bermakna.

Syarikat U Mobile turut berkongsi bahawa mereka akan menawarkan tiket-tiket percuma ke konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur dan konsert Ed Sheeran ÷ (Divide) Malaysia Tour secara eksklusif untuk para pelanggan melalui dua peraduan di laman sosial Instagram.

Kempen Unlimited Grooves

BUTIRAN PERADUAN
Unlimited Passion untuk G-Dragon
• Peraduan akan berlangsung mulai 18 Ogos 2017 – 8 September 2017
• Peraduan akan diadakan menerusi laman sosial Instagram. Para peserta perlu ikuti U Mobile di www.instagram.com/MyUMobile
• Hanya pelanggan prepaid atau postpaid U Mobile yang aktif selama sekurang-kurangnya 6 bulan semasa tempoh peraduan layak untuk menyertai peraduan ini.

Unlimited Passion untuk Ed Sheeran
• Peraduan akan berlangsung mulai 25 September 2017 – 27 Oktober 2017
• Peraduan akan diadakan menerusi Instagram. Para peserta perlu ikuti U Mobile di www.instagram.com/MyUMobile
• Hanya pelanggan prepaid atau postpaid U Mobile yang aktif selama sekurang-kurangnya 6 bulan semasa tempoh peraduan layak untuk menyertai peraduan ini.
Maklumat selanjutnya mengenai peraduan ini akan diberikan kepada pelanggan semakin hampir dengan tarikh pelancaran menerusi www.instagram.com/MyUMobile

Kempen Unlimited Grooves

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Katy Perry Buat Persembahan & Jadi Pengacara di 2017 MTV VIDEO MUSIC AWARDS

Video Aliff Aziz Pukul Isteri Dalam Pantang Jadi Viral