in

FREE MML TILE MAKEOVER

Salam semua, pembaca budiey.com

Budiey harap apa yang Budiey dah ‘share’ dalam beberapa entri yang lepas tentang tips mengubah suai rumah dapat membantu pembaca yang pastinya satu hari nanti akan naik rumah baru mahu pun sekarang tengah sibuk berfikir tentang idea kreatif untuk ubah suai rumah. Sikit sebanyak Budiey harapkan dapat memberikan sikit panduan untuk kalian. Maklumlah sebenarnya, kat internet tak banyak carian pasal tips pengubah suaian rumah ni.

Jubin MML

Terima kasih buat pembaca yang sudi memberi cadangan dan melontarkan pandangan bernas. Budiey sangat menghargainya.

Dalam banyak-banyak aspek pengubahsuaian, pastinya pemilihan jubin rumah menjadi soal utama kami suami isteri. Korang tahu je lah, kos untuk itu bukannya sikit tapi kadang-kadang sampai berpuluh ribu. Jadi, nak tak nak, kami kena jimatkan bajet mengikut reka bentuk rumah agar ianya selamat didiami dan yang penting ia tahan lama.

Tambahan pula, di pasaran sekarang ini, Budiey lihat banyak sekali jenama untuk jubin. Ini membuatkan kita rasa pening dan keliru, jubin mana yang lebih bermutu.

Jubin MML

Budiey banyak terbaca dan medengar keluhan kawan-kawan tentang kecuaian mereka tentang aspek ni yang tak fokus sangat tentang jubin di mana mereka memilih jubin yang murah dan tak berkualiti sehingga mengancam nyawa sebab terlalu licin dan mudah pecah. Punyalah nak berjimat akhirnya kena tambah kos pulak. Habis duit pulak kat situ.

Jadi, dalam banyak-banyak produk, Budiey sarankan pembaca agar mencari jubin yang berkualiti yang tahan lasak dan tidak mengancam nyawa kita. Antaranya, jubin yang berjenama MML yang sangat terkenal di pasaran.

FREE MML TILE MAKEOVER
Cakap pasal MML ni, Budiey teringatkan satu peraduan yang dianjurkan oleh MML iaitu FREE MML TILE MAKEOVER, di mana pemilik rumah bertuah akan mendapat pengubahsuaian jubin secara percuma.

Dapat renovate lantai dengan jubin percuma… mmm… siapa yang tak nak kan? Budiey dah pun melawat rumah contoh yang menggunakan jubin MML dan Budiey rasa jubin berjenama MML sangat selesa dan lebih stylish. Pembaca yang menang boleh memilih sendiri kawasan rumah yang mahu diubah suai, samada di porch ke, di bilik mandi ke atau di ruang tamu.

Budiey memilih untuk mengubah suai jubin di bilik tamu kerana bilik tamu menjadi tempat Budiey bekerja dan bersantai menonton TV. Pendek kata 60% masa Budiey di rumah dihabiskan di ruang tamu.

MML juga turut menyediakan nasihat pereka dalaman (interior design) dan juru runding teknikal untuk pemenang. Jadi, tak perlu susah-susah nak fikir tentang design dan juga reka bentuk yang paling sesuai.

Sekali lagi, Budiey ingin mengajak semua pembaca budiey.com untuk menyertai peraduan ini kerana bagi Budiey ia bukannya susah sangat pun. Anda hanya perlu mengambil beberapa foto ruang sudut rumah anda yang ingin anda ubah suai. Ambillah gambar yang jelas dan sesuai untuk diubah suai. Jika pembaca mahu mengubah suai di sudut ruang tamu, maka ambillah gambar di ruang tamu dan perlu diingatkan ianya terhad untuk sudut yang tidak melebihi 300 kaki persegi.

Setelah ambil foto ruang sudut rumah, anda perlu menulis tidak lebih 100 patah perkataan tentang mengapa anda perlu sangat jubin yang baru dan jubin yang macamana anda perlukan untuk rumah anda.

Diringkaskan cerita, pembaca perlu buat dua perkara sahaja. Iaitu ambil foto dan menulis tidak lebih 100 patah perkataan untuk entri peraduan ini.

Semua penyertaan perlulah dihantar secara online dengan melayari www.curioscat.my sebelum 8 Julai 2012.

Budiey rasa, kalau tengok pada tarikh tutup tu, memang dah tak lama dah pun. Anda kenalah bertindak cepat dari sekarang. Manalah tahu, rezeki kali ini adalah milik anda. Anda ada masa lebih 2 minggu lagi je lagi. Jangan buat kerja last minit pulak sebab biasanya kerja yang tertangguh selalunya tak menjadi.

Untuk senangkan korang, sila lihat senarai apa yang anda perlu buat untuk peraduan ini:

Langkah 1
– Klik sini: MML Tile Makeover. www.curioscat.my

– Klik ‘Submit’ Tab di makeover file.

– Hantar 5 keping foto dan sila pilih ruang sudut yang anda mahu ubah suai: bilik mandi, ruang tamu atau porch. Budiey rasa pembaca perlu menghantar 5 gambar yang kesemuanya satu lokasi sahaja. Kalau mahu ubah suai bilik tamu, sila hantar 5 foto bilik tamu dengan sudut atau angle yang berbeza. Yang penting, gambar kenalah jelas dan cantik sikit la kan.

-Anda perlu mengisi tajuk, masalah anda dan juga apa yang anda mahu MML baiki untuk anda.

Langkah 2:
– Isikan personal details anda seperti nama, alamat, nombor telefon, emel dan type of dwelling.

Langkah 3
– Okay, ini yang penting, pastikan anda membaca dulu terma dan syarat peraduan ini dan tekan butang AGREE.

Langkah 4
– Prebiu penyertaan anda. Pastikan details anda itu betul dan takde yang silap. Kemudian tekan butang SUBMIT.

Selesai. Senang tak? Senang je kan?

Budiey kira, inilah satu-satunya peluang untuk Budiey ubah suai jubin lantai rumah dengan percuma. Dengan langkah senang macam ni, memang tak sampai 10 minit pun. Ruang tamu rumah Budiey sekarang ni berlantaikan kayu, jadi Budiey rasa tak tukar selera dengan menukarkan kepada jubin pula.

Jom join contest ni bersama-sama sekarang! Budiey sign off sekarang la ya sebab nak ambil gambar lantai ruang tamu. Layari: www.curioscat.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bapa Minta Tasha Shilla Tidak Dikaitkan Dengan Krisis Neelofa-Anzalna

Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza