in

Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza

KUMPULAN RAMLY yang sangat terkenal dengan keluaran produk Halal terutama produk sejukbekunya, telah bekerjasama dengan TV3 dalam menerbitkan sebuah program masakan terbaru, “ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA”. Dikendalikan oleh Chef Selebriti terkemuka, Chef Liza Zainol, program tersebut akan mempamerkan 26 resipi masakan yang menggunakan sebahagian besarnya lebih 100 produk keluaran Kumpulan Ramly yang pastinya Halal, Bersih & Bermutu.

Majlis pelancaran program masakan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim. Turut hadir, Pengasas dan Pemilik Kumpulan Ramly, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan personaliti TV3 seperti Ahmad Fedtri Yahya, Azzura Azizul Azman serta adik Muhamad Azzammuddin (Idola Kecil).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FREE MML TILE MAKEOVER

The Amazing Spider-Man Facebook Game Spot The Spider-Man!