in

Fox Volant Of The Snowy Mountain di TV2

FOX VOLANT OF THE SNOWY MOUNTAIN : SLOT GOLDEN PHEONIX DI TV2

Jika anda peminat setia drama bersiri Cina yang bercorak seni mempertahankan diri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot tontonan ramainya, Golden Pheonix kembali menemui penonton dengan Fox Volant Of The Snowy Mountain, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 petang.

Menariknya Fox Volant Of The Snowy Mountain yang berdasarkan kepada hasil tulisan Louis Cha ini bukan sahaja mengetengahkan seni mempertahankan diri sebaliknya turut diwarnai babak-babak melibatkan kesetiaan, ketamakan dan gila akan kuasa dalam 40 episod siarannya.

Cerita ini bermula dengan memaparkan Fox Volant (juga dikenali sebagai Hu Fei) yang mahu membalas dendam ke atas kematian kedua orang tuanya yang telah berlaku pada 20 tahun lalu. Kisah kematian ibu bapanya dipaparkan sedikit demi sedikit apabila Fox Volant berdepan dan bertarung dengan pelbagai pihak.

Keasyikan cerita, kisah komplot dan aksi pertarungan dipersembahkan dengan baik, dengan satu kejadian berkaitan dengan yang lain, sehingga mewujudkan dendam di antara beberapa buah keluarga. Walaupun terlibat dalam persengketaan keluarga, Fox Volant telah jatuh hati pada anak pembunuh ayahnya.

Kisah ini diakhiri dengan pertarungan di antara Fox Volant dan musuh yang didendaminya sekian lama.

Fox Volant Of The Snowy Mountain membariskan pelakon-pelakon terkenal iaitu Nie Yuan, Gillian Chung, Athena Chu, Anthony Wong, Patrick Tam dan Alex Fong.

Fox Volant Of The Snowy Mountain, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 petang menerusi TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone