Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Foto Memangku Kekasih Atas Riba, Janna Nick Dikecam Lagi

Nampaknya, pelakon pelakon dan pengacara, Janna Nick tidak pernah lekang daripada kontroversi apabila berkongsikan gambar kekasihnya Dini Azan Schatzmann duduk di pangkuan riba.

Foto itu dikongsikan Janna di Instagram bersempena berakhirnya tayangan drama Marry Me Senorita di kaca televisyen beberapa hari lalu.

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dikecam oleh netizan yang kurang senang apatah lagi mereka berdua tidak mempunyai hubungan yang sah.

Kata netizen lagi, gambar itu juga dilihat tidak manis untuk dikongsikan kepada umum terutama bagi peminat bawah umur.

Sementara itu, ada juga komen nakal daripada netizen dan rakan artis yang mengagumi kekuatan Janna menampung berat Dini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version