in ,

Foto Artis di Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010 Part 2

Selepas lebih sebulan pembaca Berita Harian dan peminat mengundi borang pencalonan awal, dan semalam keputusan senarai top 5 finalis telah pun kita ketahui. Seperti tahun lalu, sebanyak 16 kategori Anugerah Bintang Popular dipertandingkan.

Untuk mengetahui senarai penuh top 5 finalis untuk 16 kategori ABPBH2010, sila klik sini:

www.budiey.com/senarai-finalis-top-5-abpbh2010

Video Sekitar Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2010

HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMBACA
Untuk hadiah pembaca bertuah yang buat undian ABPBH2010 akan berpeluang untuk merebut hadiah menarik. Hadiah utama bagi kategori pembaca ialah kereta Nissan Grand Livina 1.6A bernila RM86,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, set barangan kemas tajaan Rafflesia & Mandalay dan pakej percutian 7 hari 6 malam ke Beijing bernilai RM10,000 dan pakej percutian 4 hari 3 malam ke Vietnam bernilai RM15,000 tajaan Polo Travel.

Budiey rasa hadiah kali ini memang lumayan. Selain hadiah kat atas ni, ada lagi hadiah yang menanti korang yang memangkah nama artis pilihan. Antaranya sebuah TV 3D Full HD 42 inci dengan Home Teater, TV LCD 42′ + Set Home Teater TV + Pemain Blu Ray, TV LCD 32′, pakej percutian untuk dua orang, motosikal sumbangan Naza Bikes, kamerda digital, kamera video HDD camcoder dan hamper fabric/kosmetik.

HADIAH UNDIAN SMS
Selain mengundi menerusi borang undian di suratkhabar Berita Harian dan Berita Minggu, pembaca boleh juga mengundi melalui sistem pesanan ringkas SMS dengan menawarkan hadiah menarik seperti iPhone, kamera digital, komputer riba, Apple iPad, Blackberry, Nokia ES, iPod, HDD Comcorder juga pakej percutian.

Jadi, kepada korang yang nak hadiah ni, jangan lupa undi artis kesayangan anda bermula 17 Januari hingga 13 Mac 2011 ini.

Abp Top 5

Didie Alias & Zizan Raja Lawak

Abp Top 5

Syamsul Yusof, Bunkface & Faizal Tahir

Abp Top 5

Linda Onn

Abp Top 5

Nur Syuhaida aka Dottie

Abp Top 5

Alyah

Abp Top 5

Altimet

Abp Top 5

Angah Raja Lawak

Abp Top 5

Zizan Raja Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010

Terima Kasih Cinta The Musical Tickets Up For Grabs