in

Gambar Selebriti di Majlis Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010

Ramai je selebriti yang datang untuk memeriahkan Majlis Pengumuman Senarai 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang berlangsung petang semalam. Berapa kerat je yang tak datang. Mungkin diorang tengah sibuk shooting. Tapi yang datang semuanya dengan wajah-wajah berseri. Meriah sehingga Budiey tak sempat nak ambil gambar semua selebriti yang hadir.

Semua hadir dengan wajah ceria. Maklumlah, dapat masuk senarai top 5 ni mestilah happy. Sekarang tiba masa untuk mengerah tenaga untuk berkempen pula. Apa lagi, gunalah social network yang ada. Sekarang ni macam-macam ada. Twitter dan Facebook tu satu kemestian.

Tapi kalau dah pertandingan untuk memilih siapa yang popular, pastinya selebriti popular tak perlu risau. Tapi sekarang ni tak semua selebriti popular akan menang. Semuanya ditangan pengundi.

Walaupun ABP akan berlangsung pada 2 April tapi semestinya bagi selebriti, mereka dah tak sabar nak melaram. Majlis di Hotel Holiday Villa Subang petang tadi pun dah menampakkan kemeriahannya. Tengokla pula pada hadiah-hadiah yang ditawarkan. Untuk Bintang Paling Popular ABPBH2010 akan memenangi kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. Artis dan personaliti yang menang bagi setiap kategori bakal memenangi barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000 tajaan Rafflesia Mandalay.

Borang pencalonan akhir ABPBH2010 akan mula dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula 17 Januari sehingga 13 Mac 2011 ini untuk membolehkan peminat dan pembaca mengundi untuks setiap 16 kategori.

Abp Top 5

Maulana

Abp Top 5

Daus

Abp Top 5

Adira

Abp Top 5

Stacy

Abp Top 5

Lisa Surihani

Abp Top 5

Liyana Jasmay

Abp Top 5

Lan The Typewriter

Abp Top 5

Shahz Jaszle

Abp Top 5

Fizz Fairuz

Abp Top 5

Shaheizy Sam

Abp Top 5

Diana Danielle

Abp Top 5

Fasha Sandha & Elfira Loy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld

Foto Artis di Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010 Part 2