in ,

Lagu Flower Road Big Bang Didakwa Ciplak Lagu Penyanyi Niykee Heaton

Hadir dengan single terbaharu berjudul Flower Road, kumpulan Big Bang kembali menjadi bualan ramai peminat K-Pop apabila lagu baharu mereka itu dikatakan meniru satu lagu penyanyi dari Amerika Syarikat.

Menurut netizen lagu itu kedengaran sama seperti lagu Ain’t No Us oleh Niykee Heaton. Ain’t No Us merupakan lagu yang dicipta oleh Chaz Mishan.

BIGBANG

Daripada kaji selidik yang dijalankan, Chaz juga merupakan antara salah seorang team produksi yang terlibat dalam single Flower Road yang dinyanyikan oleh Big Bang.

Setelah mengetahui mengenai fakta itu, baharulah netizen boleh menerima yang kedua-dua lagu itu berkemungkinan sama mungkin disebabkan ia diterbitkan oleh individu yang serupa.

Flower Road sebenarnya telah direkodkan oleh kumpulan yang dianggotai Top, G-Dragon, Taeyang, Seungri dan Daesung itu pada tahun 2015.

Namun, ia hanya dilancarkan baru-baru ini sebagai hadiah khas buat peminat setia mereka sebelum masing-masing memperlahankan karier masing-masing kerana terikat dengan komitmen latihan ketenteraan wajib selama dua tahun. – KopiPlanet

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

Ernie Zakri Lancar Lagu Baru MISTERI, Kini Dapat Sambutan