in ,

Ernie Zakri Lancar Lagu Baru MISTERI, Kini Dapat Sambutan

Semalam, 27 Mac 2018 menjadi tarikh keramat yang dipilih oleh penyanyi Ernie Zakri untuk melancarkan muzik video lirik sebuah lagu terbaharu berjudul MISTERI di saluran Youtube FMC Music. Tahniah Ernie, sebuah lagu yang akan melonjakkan nama Ernie. Korang dah dengar? Apa komen korang?

Budiey dah dengar lagu MISTERI ni, sedap gak la. Budiey nak kena dengar lagu sebab nak faham cerita di sebalik lagu MISTERI ini, Selebihnya nanti Budiey akan tanya Ernie la nanti apa yang misteri sangat lagu ni kan?

https://youtu.be/BdR61RjRAf8

Kalau kita dapat lihat, Ernie sekarang rajin betul menyanyi kat Instagram. Menurut laporan Berita Harian, sememangnya sekarang ni dah jadi trend untuk penyanyi popular tempatan masa kini berkongsi klip rakaman nyanyian mereka buat halwa telinga peminat mereka di laman sosial.

Sementara itu, di Youtube minggu lalu kecoh apabila ada peserta pertandingan nyanyian di Jelajah Suria mahu berduet dengan Syamel. Dengarnya ramai yang memuji vokal peserta yang setanding dengan Ernie. Wow, melambung pujian tu, nak tahu setaraf ke tak dengan Ernie, korang boleh tengok video kat bawah ni:

Ramai Memuji Vokal Perempuan Ini Duet Lagu AKU CINTA Dengan Syamel

Disebabkan sering memuat naik video nyanyian di laman Instagram, ada pula sesetengah netizen mula bersuara kerana bimbang jikalau nilai eksklusif pada suara Ernie Zakri bakal hilang.

Nama Ernie mula dikenali selepas dia memenangi kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-32(AJL32) bersama dengan rakan duetnya, Syamel.

Ernie Zakri

Namun, Ernie pastinya akan menerima apa jua pendapat dan pandangan yang diberikan oleh netizen kerana ia melibatkan keriernya sebagai seorang penyanyi.

“Semuanya terpulang kepada persepsi masing-masing… Sebenarnya, saya bukan buat selalu (kongsi video nyanyian).

“Semuanya ikut mood… Kalau saya minat sesebuah lagu, barulah dirakam dan dimuat naik di IG.

“Saya fikir tak salah kalau saya menyanyi di IG kerana ia platform terbaik untuk mendekati peminat,” katanya dipetik daripada BH Online.

Ernie Zakri

Bagaimanapun, Ernie tetap beranggapan bahawa terdapat sesetengah peminatnya yang tidak berpeluang untuk bertemu dengannya di mana-mana persembahan.

Jadi disebabkan itu, penyanyi kelahiran Bintang RTM 2009 itu mengambil pendekatan dengan cara memuatnaik video nyanyiannya di media sosial.

Popularitinya bertambah naik ketika AJL32 pada Februari lalu yang telah menampilkan sisi lain Ernie selepas dia berjaya mengalahkan penyanyi hebat yang lain.

Ernie Zakri

Malah, setiap nyanyian yang disampaikan oleh Ernie pasti mendapat pujian daripada netizen lebih-lebih lagi ketika dia menyanyikan semula lagu milik Sufian Suhaimi, Di Matamu baru-baru ini.

Lagu berkenaan telah mendapat perhatian ramai peminat kerana nyanyiannya yang penuh dengan emosi itu.

“Saya tidak niat apa-apa pun… Sebaliknya, saya bersyukur dan terharu kalau ada penyanyi lain yang memuji.

“Setiap kali menyanyikan lagu orang lain, saya bukan nak tunjuk diri ini bagus.

“Niat saya adalah untuk beritahu netizen saya suka menyanyi. Selain itu, ia menjadi strategi saya untuk orang lebih mengenali diri ini,” tambahnya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Flower Road Big Bang Didakwa Ciplak Lagu Penyanyi Niykee Heaton

Bertuahnya 5 Insta Femes Jadi Bintang Iklan Bersama Fattah Amin