in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

Budiey dengan kerjasama Empire Film Solution Sdn. Bhd ingin mengajak anda semua menghadiri Malam Gala Filem ROH YANG TAK TERLIHAT pada 4 April 2018 di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara. Budiey pasti ramai yang mahu menonton filem seram yang unik ini terutamanya di kalangan peminat filem Indonesia, kan?

Untuk pengetahuan, filem seram Indonesia yang berjudul ROH YANG TAK TERLIHAT di mana judul asal Mereka Yang Tak Terlihat ini adalah filem yang menceritakan kisah keluarga yang terdiri daripada Lidya (Sophia Latjuba) bersama dua anak perempuan bernama Saras (Estelle Linden) dan Laras (Bianca Hello).

Filem seram Indonesia ini mencipta rekod tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Museum Rekor Indonesia (MURI).

Poster Roh Yang Tak Terlihat

Pengarahnya, Billy Christian berkata, pengiktirafan oleh MURI itu diberikan apabila filem itu mencipta rekod penampilan makhluk halus paling banyak dalam sebuah filem.

“Pada awalnya saya tidak menyangka akan menampilkan sebanyak 67 roh dan hantu sewaktu menghasilkan filem ini.

“Secara jujurnya, sewaktu menghasilkan lakon layar untuk filem ini saya tidak mengira jumlah roh dan hantu yang akan ditampilkan.”

Menurutnya, untuk kebanyakan babak dalam filem arahannya itu menampilkan banyak makhluk halus, sehinggalah dia diberitahu tentang jumlahnya oleh pihak penerbit.

Bagaimanapun, rekod berkenaan bukanlah menjadi sasaran utama kerana kemunculan begitu banyak makhluk halus itu lebih kepada memperkuatkan jalan ceritanya.

“Apa yang ingin dipaparkan adalah tentang keistimewaan watak utamanya yang mempunyai deria ke-6 dengan mampu melihat roh dan hantu di sekelilingnya.

“Itulah yang terpaksa dilalui oleh Saraswati sepanjang kehidupannya apabila sering berhadapan dengan makhluk halus,” jelasnya.

Filem ini menceritakan kisah sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tunggal iaitu Lidya (Sophia Latjuba) bersama dua anak perempuannya, Saras (Estelle Linden) dan Laras (Bianca Hello). Saras, sejak zaman kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak lain umumnya kerana mempunyai kemampuan deria keenam atau disebut anak indigo.

Setelah ditayangkan di Indonesia pada tahun lalu dengan judul Mereka Yang Tak Terlihat, filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 April 2018.

Roh Yang Tak Terlihat turut membariskan beberapa pelakon popular seperti Sophia Latjuba, Estelle Linden, Bianca Hello, Roweina Umboh, Dayu Wijanto, Frisly Herlind dan Aliyah Faizah.

Ikuti kisah selanjutnya dalam filem ROH YANG TAK TERLIHAT yang akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 12 April 2018.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 80 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

4 April 2018 (Rabu)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ROH YANG TAK TERLIHAT – Budiey.com di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #RohYangTakTerlihat

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:www.facebook.com/budieydotcom

2. Jawab soalan mudah ini: Berapakah jumlah roh hantu dalam filem ini?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem ROH YANG TAK TERLIHAT kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

Tarikh tutup peraduan:

3 April 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Empire Film Solution Sdn. Bhd dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan ini mulai 12 April 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/EmpireFilmSolutionSdnBhd/

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Ganggu Pak Su

Lagu Flower Road Big Bang Didakwa Ciplak Lagu Penyanyi Niykee Heaton