in ,

Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig

With love Down Under Charity Gig Committee dengan seikhlas hatinya ingin menganjurkan majlis amal berbentuk pertandingan kugiran di antara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Pertandingan amal ini di anjurkan untuk mengutip dana kebajikan bagi Pertubuhan Penyayang Raudhah yang ketika ini memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan harian penghuni-penghuni di Pondok Anak Yatim Raudhah.   

Pertandingan amal ini akan berlangsung di Science Theatre, University of New South Wales (UNSW), Sydney, Australia pada 11 Julai 2009.      

Di samping menyaksikan kreativiti pelajar-pelajar Malaysia dalam nyanyian dan bermain alat muzik, mereka yang hadir dapat melihat persembahan artis jemputan khas dari Malaysia iaitu Flop Poppy. Kehadiran artis Malaysia ini dapat memeriahkan lagi suasana di samping para jemputan dapat berhibur sambil beramal. 

Kepayahan dan kesusahan anak-anak yatim yang menghuni di Pondok Anak Yatim Raudhah ini perlu  diberikan perhatian masyarakat bagi melahirkan generasi yang prihatin dan penyayang di masa hadapan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amy Mastura, Ramlah Ram, Elyana di Road Tour Lelong Amal Suria FM

Bekas Penyanyi Dangdut Amelina Diusir dari Rumah Sewa