in , ,

Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Gambar Video Lucah Melalui Telegram

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan beliau sudah membuat laporan polis berikutan didakwa menyebarkan video serta gambar lucah.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Sabtu berhubung fitnah yang mendakwa beliau menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, Firdaus Wong menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Firdaus Wong turut menjelaskan bahawa beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Gambar Video Lucah Melalui Telegram

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya saya pengasas dan pemilik Telegram yang menyebarkan video dan gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

– Firdaus Wong

Ujarnya lagi, beliau sama sekali tidak akan mendiamkan diri jika difitnah dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah, katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

– Firdaus Wong
Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Gambar Video Lucah Melalui Telegram

Firdaus Wong turut memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri apabila difitnah.

Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.

– Firdaus Wong

Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut, katanya.

Sumber: SINAR HARIAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIDI FRIENDS

Asian Academy Creative Awards 2021 Umum Astro Ungguli 11 Kategori Anugerah Untuk Malaysia

Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK