in ,

Asian Academy Creative Awards 2021 Umum Astro Ungguli 11 Kategori Anugerah Untuk Malaysia

Astro berjaya mengungguli 11 kategori utama peringkat nasional di majlis penanugerahan berprestij rantau ini, Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) atau Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021.

Kemenangan tersebut diumumkan secara maya di platform media sosial, Facebook dan YouTube AACA pada 30 September, 6.00 petang, bersama keseluruhan 287 pemenang trofi lain yang terdiri daripada pemain industri kreatif dan produksi media pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian dari negara-negara serantau seperti Korea, Jepun, India, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina. 

Kemenangan ini meletakkan Astro di posisi saingan mewakili Malaysia untuk peringkat seterusnya di Malam Gala Anugerah Asian Academy Creative Awards 2021 yang akan diadakan pada 2 & 3 Disember 2021 di Singapura. 

Program realiti hiburan popular kegemaran ramai, “Gegar Vaganza” (Astro Ria) yang telah bersiaran selama tujuh musim memenangi anugerah kategori Program Muzim dan Tarian Terbaik. 

Drama bersiri premium menerusi jenama Astro Originals, “Projek: Anchor SPM” pula berjaya meraih anugerah Drama Bersiri Terbaik. “Projek: Anchor SPM” yang mendapat sentuhan kreatif dua pengarah berbakat besar tanah air, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf ini pernah dilabelkan penonton sebagai antara drama setanding Korea kerana menampilkan pendekatan yang lebih berani dan luar dari kebiasaan. 

Manakala “Bunga’s Secret Garden” di Astro Gempak pula berjaya dalam kategori Jenama Siri Program Terbaik. 

Siri drama “Scammer” di Astro Ria turut memenangi dua kategori iaitu Suntingan Terbaik dan Trailer Terbaik.

Poster Movie Scammer Trial 3

Program “Malaysia vs COVID-19: #KitaJagaKita” turut mendominasi kategori Program Dokumentari Terbaik selain “Rebooting – Travel with Me” bagi kategori Program Dokumentari Bersiri Terbaik. 

Antara kategori lain yang dimenangi Astro termasuk Program Pra Sekolah Terbaik iaitu “Didi & Friends – Sunflower & Let’s Learn S5”.

Berikut merupakan kemenangan seterusnya Astro di Asian Academy Creative Awards 2021: 

  • Program Hiburan / Kuiz / Permainan Terbaik: “Kitchen Wards” (Naura) 
  • Program Hiburan Kategori ‘Non-Scripted’ Terbaik: “A Grey Area”
  • Program Drama ‘Single’ / Telemovie / Episod Antologi: “Dear God of Love” 
Malaysia Kita Jaga Kita 2

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, “Sebagai salah satu pemain utama industri kreatif di rantauini, Astro sentiasa berusaha untuk menyajikan program-program terhebat, terkini dan mampu menepati kehendak penonton yang hadir dari pelbagai latar belakang. Kami komited untuk bekerjasama dengan penggerak seni dan produksi media kreatif dari dalam dan luar negara demi membawakan sajian program terunggul kepada penonton di setiap platform; televisyen, digital dan penstriman dalam talian. Misi kami adalah untuk terus aktif berinovasi, kreatif berkarya dan menjadi ‘game-changer’ demi menerajui segmen hiburan di rantau ini. 

Rebooting_Poster 01

Asian Academy Creative Awards 2021 ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia. Sebanyak 16 negara akan terlibat menjayakan penganjuran tahunan majlis ini yang akan diadakan di Singapura, Disember ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aman Nassim | 23

6 Finalis Berentap Rebut Gelaran Juara COF LOCKSTAR

Firdaus Wong | 24

Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Gambar Video Lucah Melalui Telegram