in

Fiq Muncul Single Kedua TRAGIS

Fiq Pertaruh Single Ke-2 TRAGIS

Single kedua Fiq bertajuk “Tragis” yang bakal dikeudarakan dalam jangka waktu terdekat ini, adalah mengisahkan kesan peperangan terhadap dunia dan umat manusia sejagat. Lagu ciptaan Amir dan lirik oleh Krang ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa mangsa peperangan.

“Tragis” bermula dengan penceritaan nasib malang mangsa peperangan. Rangkap pertama lagu ini menceritakan situasi selepas peperangan dengan gambaran hancurnya isi kota serta kematian anggota keluarga. Kesan daripada peperangan, hanya kesayuan dan kepiluan yang mengisi ruang kota, diselangi ratapan tangisan yang menggantikan segala keriangan yang dulunya mendiami kota.

Fiq

Korus lagu ini pula adalah luahan rasa kepiluan apabila melihatkan kematian mangsa peperangan. Keadaan mangsa selepas berhadapan situasi perang turut dinyatakan dengan gambaraan mangsa yang telah terkorban dengan berlumuran darah. Bahagian ‘bridge’ yang diselitkan sebelum klimaks lagu ini pula merupakan doa kesejahteraan si mati untuk kehidupan di alam kematian.

Lagu yang disusun dalam rentak rock ini berakhir dengan ulangan korus sebanyak dua kali. Bahagian klimaks ini menyerlahkan kekuatan vokal Fiq sejurus menyampaikan mesej kesengsaraan kepada para pendengar.

“Tragis” juga adalah salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Fiq- Diagnostik. Bagi penggemar irama rock, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Tragis” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*161513# dan tekan call/send, bagi Maxis True Tones, taip GET10359247 dan hantar ke 29000, bagi Maxis Full Song pula, taip GET10359256 dan hantar ke 29000. Manakala bagi Digi Caller Tunes, taip CT0081832 dan hantar ke 2000, bagi Digi True Tones, taip GET22200373428, dan hantar ke 2000, bagi Digi Full Song, taip GET22200373437. Bagi U Mobile Colour Tones pula, taip CT213575. Anda juga boleh layari laman web Nokia CWM di http://music.ovi.com/my untuk memuat turun lagu ini.

LIRIK LAGU TRAGIS
Senilagu: Amir
Senikata: Krang
Hakcipta Senilagu & Senikata: Warner Chappell Publishing (M) Sdn Bhd

Dalam pilu, Dalam sendu
Dalam sayu, Nasib mu
Ditangismu… Kau mengaju…
Mana milikmu?… dan dunia mu?
Serentak waktu ranap kota mu
Rebah keluarga mu…
Dan hanya peluru menjawab seluruh
Pertanyaanmu…

*Korus
Air mata ku mencurah laju…
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

Dalam pilu, Dalam sendu
Dalam sayu, Nasib mu
Serentak waktu ranap kota mu
Rebah keluarga mu…
*Ulang Korus
Menggeletar aku
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

*Bridge
Doa ku akan menyusul
Buat mu… saudaraku…
Damai lah… di taman mu
Di tempat yang nyata
Di alam yang sebenar…

*Ulang Korus
Menggeletar aku
Melihat tubuh mu terkulai layu
Berserak darah mu, noktah hidupmu
Tragis begitu…
Ku juga merasa kesengsaraan mu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem UNKNOWN Sensasi Selebriti

Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang