in

Finalis Bintang RTM 2016 Santai Bersama Media

Pejam celik pejam celik, Bintang RTM 2016 sudah pun berada di penghujung. Seramai enam orang peserta akhir yang dikatakan terbaik akan berentap dalam Pertandingan Bintang RTM Akhir pada 2 April 2016 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Terus terang, Budiey tak mengikuti perkembangan Bintang RTM 2016… Namun pada petang ini, Budiey terpanggil untuk buat liputan pertpandingan tahunan terbitan RTM ini yang berlangsung di Hotel Pullman Bangsar. Turut hadir YBhg.Dato’ Adilah Shek, Timbalan Pengarah Penyiaran Strategik.

Santai Bersama Media di Finalis Bintang RTM 2016.

Siapakah peserta akhir yang jadi juara ya? Adakah milik Idris Zulkifli, Hafiz Ismail, Adib Ibrahim, Fazrina Gani, Shafreeza Zainal Abidin dan Rosario Ninih.

Juri Bintang RTM 2016 terdiri daripada Datuk Mokhzani (Ketua Juri), Fauziah Latif, Helen Yap dan Ajai serta Edrie Hashim.

Antara persoalan yang diajukan oleh media, peluang susulan selepas penyertaan nanti. Adakah bakat mereka terhenti di situ atau dapat pergi jauh.

Pihak RTM begitu berpuas hati dengan pemilihan finalis kali ini. Apa yang penting adalah vokal yang mantap. Itu yang perlu diutamakan.

Antara lagu yang akan dinyanyikan ialah Beribu Sesalan, Bertamu di Kalbu, Cinta (Melly), Di Sebalik Senyuman, Jika, Ku Akui, Manusia Sempurna, Bukan Dia Tapi Aku, Doktor Cinta, Berlari dan Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Petang ini Budiey hadir buat liputan di Santai Bersama Media di Finalis Bintang RTM 2016. #bintangrtm2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertunjukan Fesyen Muslimah Dalam Koc LRT Ditunda

Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun