in

Malaysian Toon Festival 2013

Dalam usaha untuk memperjuangkan industri kandungan kreatif dan menonjolkan bakat- bakat para karyawan kandungan kreatif, Yayasan Usahawan Baru (myNEF) dengan kerjasama Nuovo Entertainment Frontier Sdn Bhd dan Brain Evolution Transform Sdn Bhd sedang merangka suatu acara gemilang yang buat julung kali bakal diadakan bermula pada 14hb. Disember 2013 sehingga 16hb. Disember 2013 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Kerjasama strategik yang melibatkan 3 pihak ini akan menyaksikan penganjuran Malaysian Toon Festival 2013 yang dijangka mampu menarik ramai pengunjung. Hal ini berikutan, Malaysian Toon Festival 2013 akan dianjurkan pada musim cuti sekolah dan menawarkan pengisian aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Acara gemilang yang julung kali diadakan ini bakal disertai oleh lebih 100 syarikat produksi kandungan kreatif dengan lebih 150 karya animasi tempatan bakal dipamerkan. Pelbagai produk berkaitan dengan karektor animasi seperti permainan video digital, komik, barangan cenderamata karektor animasi, penampilan maskot dan suara latar karektor animasi, cosplay, pameran teknologi dan jualan barangan kelengkapan sekolah kanak-kanak serta pelbagai lagi aktiviti menarik bakal memeriahkan suasana festival ini.

Majlis perasmian Malaysian Toon Festival 2013 akan diadakan pada 13hb Disember 2013 bersempena dengan malam gala NEF-Awani Award 2013 dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak. Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri bakal disambut dengan perarakan animasi dan maskot.

Orang ramai dijemput hadir ke festival ini dan masuk adalah percuma. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi penganjur di talian 03-7733 4421 atau 03- 4105 1517.

Malaysian Toon Festival 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

Final Ratu Jumbo 2013 Berlangsung Hari Ini