in , ,

Pelakon Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Mia Ahmad, 30, yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada 18 Jun 2020.

Berita gembira itu dikongsi suaminya menerusi sebuah posting di Instagram Story miliknya., Mohd Izham Tarmizi Roslan, 27, yang juga penjaga gol pasukan JDT di Instagram, hari ini. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya Mohd Izham Tarmizi 

“Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kepda yang mendoakannya,” tulisnya.

Pelakon Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Difahamkan bayi pasangan berkenaan seberat 3.2 kilogram dan lahir secara normal.

Setakat ini, perkongsian dalam bentuk video menerusi akaun Instagram Izham itu sudah ditonton lebih 73,000 kali.

Pelakon Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Selain pengikut, beberapa artis turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Izham dan Mia antaranya Jep Sepahtu, Hairul Azreen, Ben Ladin serta penyampai radio Radin.

Terdahulu, selepas netizen mula membuat spekulasi dirinya hamil anak kedua adalah apabila Mia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain , malah perkara itu turut diakui Mia.

Pelakon Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung pada 28 September 2018 bernama Sayf Issa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Macpie Distribution Dilantik Sebagai Pengedar Sah Baharu Untuk Nokia Di Malaysia

Filem TOWN MALL Inspirasi Dari Kisah Benar Ditayangkan di Astro First