Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Filem TERBAIK DARI LANGIT Dominasi AIFFA 2015

nadiya nisaa

nadiya nisaa

Filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Nik Mustapha dilihat menguasai tujuh pencalonan akhir daripada sembilan kategori yang dipertandingkan di Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015). Filem dari Filipina yang bertajuk Bendor memberikan saingan sengit apabila juga menerima tujuh pencalonan akhir.

Selain itu, filem KIL yang merupakan filem pertama arahan Nik Amir turut dicalonkan dalam dua kategori di AIFFA 2015 ini. Manakala filem The Journey turut mendapat satu pencalonan menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik lakonan Lee Sai Peng.

Filem-filem tempatan tahun ini bakal bersaing dengan filem-filem Asean yang lain seperti Soekarno (Indonesia), Bendor (Philippines), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi. Anugerah AIFFA 2015 merupakan anugerah yang diadakan setiap tahun bagi memberikan pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia.

Sebanyak 22 filem Malaysia menghantar penyertaan di festival tersebut antaranya Tanda Putera, Vikingdom, KL Gangster 2 dan Rock Ooo. Anugerah ini akan bersiaran secara langsung jam 9 malam ini di saluran TV2 dan juga turut disiarkan secara streaming di www.aiffa.com

Senarai calon AIFFA 2015:

Filem Terbaik
Terbaik Dari Langit – Malaysia
Homostratus – Vietnam
Bendor – Philippines
Cahaya Dari Timur – Indonesia
Nuwebe (Termitaria) – Philippines

Pengarah Terbaik
Nik Amir Nik Mustapha – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Siu Pham – Homostratus – Vietnam
Ralston G Jover – Bendor – Philippines
Carlo Obispo – Purok 7 – Philippines
Joseph Laban – Nuwebe (Termitaria) – Philippines

Lakon Layar Terbaik
Redza Minhat – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Ralston G Jover – Bendor – Philippines
Wanggo Gallanga – Sonata – Philippines
Nik Amir Nik Mustapha – KIL – Malaysia
Ben Sihombing – Soekarno – Indonesia

Pelakon Lelaki Terbaik
Ario Bayu – Soekarno – Indonesia
Allen Dizon – The Coffin Maker – Philippines
Chicco Jerikho – Cahaya Dari Timur – Indonesia
Reza Minhat – Kil – Malaysia
Bront Palarae – Terbaik Dari Langit – Malaysia

Pelakon Wanita Terbaik
Cherie Gil – Sonata – Philippines
Vivan Valez – Bendor – Philippines
Prisia Nasution –Sokola Rimba – Indonesia
Barbara Miguel – Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Krystle Valentino – Purok 7 – Philippines

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Nyungsang Bungo – Sokola Rimba – Indonesia
Sok Sothun – The Last Reel – Cambodia
Nico Antonio – Red – Philippines
Lukman Sardi – Soekarno – Indonesia
Lee Sai Peng – The Journey – Malaysia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Jajang C Noer – Cahaya Dari Timur
Dy Saveth – The Last Reel – Cambodia
Nadiya Nisa – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Nadiah Wahid – Yasmine – Brunei
Anna Luna –Bendor -Philippines

Sinematografi Terbaik
Gunnar Nimpuno – Sokola Rimba – Indonesia
Dang Xuan Truong – Inseminator – Vietnam
Jordan Chiam – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Bernard Dacanay – Red – Philippines
Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines

Suntingan Terbaik
Katie Flaxman – The Last Reel – Cambodia
Thop Nazareno – Purok 7 – Philippines
Rewan Ishak – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Julie Beziau – Homostratus – Vietnam
Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version