in ,

Filem Solo OBI-WAN KENOBI Kini dalam Fasa Pembangunan Awal di Lucasfilm & Disney!

Khabar angin filem solo OBI-WAN KENOBI ini bakal dihidupkan kini telah disahkan dengan berita ini. Menurut sumber The Hollywood Reporter berjaya membongkar maklumat sahih bahawa Lucasfilm dan Disney telah memasuki fasa pembangunan awal perbincangan dengan calon tiga kali Anugerah Academy, pengarah Stephen Daldry (The Reader, The Hours, Billy Elliot) untuk sebuah filem antologi Star Wars yang berputar sekitar watak kegemaran ramai Obi-Wan Kenobi!

Filem Solo Obi-Wan Kenobi

Projek ini sebenarnya masih lagi terlalu awal untuk dimaklumkn secara terperinci. Tiada skrip. Tiada calon-calon pelakon. Tiada pasukan produksi. Namun sekiranya pengarah berprofil tinggi tersebut bersetuju untuk menerajuinya, beliau akan diberi mandat membangunkan dan menulis skrip filem ini dengan panel skrip Lucasfim secara rasmi.

Sama ada pelakon yang pernah membawa watak tersebut dalam trilogi prekuel sebelum ini iaitu Ewan McGregor (Beauty and the Beast, T2 Trainspotting) akan kembali memegang peranan selaku teraju utama masih belum dapat dipastikan jua. Kerana ada kemungkinan ia tidak berlaku dalam kontinuiti saga Star Wars trilogi prekuel (1999-2005) atau sebelum trilogi asal (1977-1983).

Manakala sumber tambahan yang kami petik dari Variety pula menyatakan masih belum diketahui sama ada filem ini akan keluar selepas tamat projek Star Wars: Episode IX pada tahun 2019. Selepas filem Han Solo ditayangkan tahun hadapan, terdapat pembangunan projek untuk filem solo Boba Fett dan Yoda pula sekiranya Obi-Wan Kenobi tidak dapat dimuatkan untuk slot pada tahun 2020.

Budiey sangat teruja menantikan filem ini. Anda pula bagaimana?

Filem Solo Obi-Wan Kenobi

Sumber: Portal Jeda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem VENOM

Sean Ghazi Lancar Single Terbaru Berjudul GELORA