in ,

Sean Ghazi Lancar Single Terbaru Berjudul GELORA

Hampir 56 tahun berlalu sejak lagu berjudul GELORA dirakamkan oleh ikon negara Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Seniwati Agung Allahyarham Puan Sri Saloma untuk filem ‘Seniman Bujang Lapok’.

Baru-baru ini, SEAN GHAZI melancarkan semula lagu indah ini, dengan memperkenalkan IDA MARIANA, bersama sebuah video baharu arahan Tate Mario Ghazi.

‘Gelora’ merupakan lagu pertama Sean Ghazi di luar album sulung beliau – SEAN GHAZI ‘SEMALAM’. Rakaman muziknya dibuat di Amerika Syarikat, manakala rakaman vokal dilakukan di AS dan Kuala Lumpur. Lagu ini menonjolkan ciri gubahan ala ‘ fever’ oleh ‘Stylo Mylos’, kugiran Sean Ghazi semasa berada di AS.

Singing scene - Sean and Ida copy

SEAN GHAZI MUNCUL DENGAN LAGU SINGLE DAN VIDEO TERBARU ‘GELORA ’, MEMPERKENALKAN IDA MARIANA

“Ilham susunan muzik ini datang semasa saya memegang watak utama dalam pementasan MUZIKAL P. RAMLEE pada tahun 2007,” jelas Sean. “Saya sering menyanyikan lagu ini dengan beberapa pasangan duet tetapi hanya betul-betul berani mengusahakan karya ini semasa tinggal di AS.”

Menurut Sean lagi, dia sudah lama mahu merakamkan lagu bersama Ida Mariana, seorang kawan lama dan pasangan kolaborasi yang amat dikenali dengan imej Kebaya Jazz. Ida telah menyusul untuk bertemu Sean di Portland Oregon untuk terlibat dalam sebuah konsert di Washington Park pada tahun 2015, dan mereka mengambil peluang bekerja rapat dengan pemuzik-pemuzik di sana untuk menghasilkan versi ‘Gelora’ yang lebih menawan.

Sean _ Ida 2

TURUT MENGUMUMKAN PERSEMBAHAN ‘GELORA – THE TARAKUCHA BIG BAND EXTRAVAGANZA!’ DI THE GARDENS THEATER, 6-8 SEPTEMBER 2017

Sejurus selepas pelancaran tersebut, Sean & Ida turut mengumumkan bakal mengadakan persembahan selama tiga malam di The Gardens Theater, Mid Valley City, pada 6 hingga 8 September nanti.

Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!
Tarikh: 6,7 & 8 September 2017
Masa: 8.30pm
Tempat: The Gardens Theater at Mid Valley City Tiket: www.tix.my
RM170 / RM125 / RM100 / RM70

Gelora_TKC Poster

‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ bakal dipentaskan sebagai sebahagian daripada program Kuala Lumpur International Arts Festival (KLIAF) anjuran DiverseCity.

Ia mengetengahkan TARAKUCHA! – sebuah b ig band dengan sentuhan vintaj Malaysia – yang ideanya dicetuskan sendiri oleh Sean, dan meraikan khazanah muzik Malaysia termasuk karya seniman unggul seperti P. Ramlee, Sudirman dan Jimmy Boyle. ‘TARAKUCHA’ mempersembahkan lagu klasik dengan humor, penuh bertenaga dan dalam kelas tersendiri sambil turut mengambil inspirasi muzik global dan malah membawakan lagu ciptaan baharu dalam gaya vintaj dan retro.

Dengan Sean dan Ida sebagai teraju vokal utama, TARAKUCHA! dibarisi 10 pemuzik hebat tempatan pimpinan pengarah muzik, Nish Tham, serta menampilkan The Kuchettes – Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline & Sabrina Hassan.

Sean berharap pencinta seni muzik dan budaya datang menyaksikan ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ dan turut menyokong usaha beliau membawa irama vintaj Malaysia ke peringkat global, menyedari perlu ada usaha bagi memastikan agar khazanah muzik negara terus hidup.

“Pada pendapat saya, ada antara karya klasik kita yang seharusnya menjadi sebahagian daripada repertoir antarabangsa – dan jika saya dapat memainkan peranan untuk menempatkan lagu klasik P. Ramlee sebaris dengan lagu-lagu seperti ‘My Way’, ‘Sway’ dan ‘Unforgettable’, ia akan mengangkat legasi muzik kita agar terus hidup di persada dunia.”

Tiket ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ berharga RM170 / RM125 / RM100 / RM70 telah pun mula dijual di www.tix.my

Video ‘Gelora’

Video muzik untuk lagu single ‘Gelora’ diarahkan oleh TATE MARIO GHAZI, juga adik kandung Sean, yang turut bertanggungjawab menghasilkan video muzik ‘SEMALAM’ dan ‘KU IMPIKAN BINTANG’.

Video ‘Gelora’ telah pun mencecah 80,000 tontonan hanya seminggu selepas dilancarkan di laman Facebook @tarakuchaband. Ia dirakam berlatarkan hamparan warna putih, sekaligus memberi ilusi filem hitam putih. Kontras hitam dan putih tersebut boleh dikatakan meninjau kembali video muzik pertama Sean iaitu ‘SEMALAM’, walaupun ia sebenarnya berlaku lantaran bajet yang terhad.
Namun, hasilnya bertepatan dengan keinginan Sean yang mahukan segalanya tentang ‘Gelora’ serba ringkas dan sederhana.

Sean menerangkan lagi, “Keseluruhan estetik video ini tidak terikat hanya untuk menjelmakan kembali gaya retro, tetapi mewujudkan stilistik yang samar-samar. Ia mempunyai sentuhan retro, mengimbas era masa lalu, namun tetap kontemporari”.

Muat Turun
‘Gelora’ boleh dimuat turun secara percuma menerusi laman Bandcamp di http://mhs.io/gelora2017 dalam dua versi; iaitu versi utama dan dance remix yang dihasilkan jurutera bunyi Reuben Samuel, juga dikenali sebagai Bastique, dari Mile High Sounds.

Video ‘Gelora’ pula dapat ditonton di laman Facebook @tarakuchaband
Runut audio dan video ‘Gelora’ diterbitkan oleh Baby Grand Productions Sdn Bhd, dengan ihsan sokongan daripada EMI Music Malaysia Sdn Bhd. – Tamat –

KREDIT LAGU & VIDEO GELORA GELORA 1961
Muzik: P. Ramlee
Seni kata: S. Sudarmaji
Rakaman asal oleh P. Ramlee & Saloma untuk ‘SENIMAN BUJANG LAPOK’ 1961

Tarakucha Band

GELORA 2017
Susunan muzik:
Sean Ghazi, Don Henson, David Langenes, Jeff Simpson & Mike Schmitt Rakaman muzik di Portland, Oregon, USA
Rakaman vokal di Mixman Studio Kuala Lumpur, Malaysia
Kejuruteraan muzik oleh Peter Chong, Mixman Production, Malaysia.
Dirakam dengan ihsan sokongan EMI Music Publishing Malaysia. Kredit Video GELORA
Jurusolek Utama Jurusolek
Dandanan Rambut Ida Mariana oleh Dandanan Rambut Sean Ghazi Rekaan Rambut Sean Ghazi
Pelakon
Ida Mariana Sean Ghazi Gabriel Lynch Suhaili Micheline January Low Khir Khalid Mesh Subra Menzi Panelo Rachel Yap Achik
Amar Azalan Nish Tham
& Hady Afro
Arahan
Khir Khalid Eling Wong Shegar
Mesh Subra Shegar Orlando Bassi
Tate Mario Ghazi
‘GELORA’ disokong oleh:

Tentang Sean Ghazi

Pelakon dan penyanyi kelahiran Malaysia Sean Ghazi pernah bekerja di serata Eropah, Asia Tenggara dan terkini di Amerika Syarikat di arena pentas, layar perak serta muzik, dalam pelbagai bahasa. Setelah kemunculan buat kali pertama di pentas London West End pada usia 22 tahun, Sean telah mengadakan persembahan di serata Jerman dalam pementasan muzikal seperti Miss Saigon, RENT dan The King & I.

Di Malaysia, Sean pernah menerima Anugerah Seni Cameronian untuk pertunjukan I HAVE DREAMED – AN EVENING WITH SEAN GHAZI, dan Anugerah Industri Muzik untuk album pertamanya SEAN GHAZI ‘SEMALAM’. Beliau juga pernah terlibat dengan penerbitan teater utama Malaysia.

Sean mewakili Malaysia di pelbagai acara di tanah air mahupun luar negara; World Economic Forum di Davos; MIPCOM Festival di Cannes; dan ASEAN Summit 2015 di Kuala Lumpur di hadapan Presiden Barack Obama serta pemimpin negara lain. Pada 2016, Sean telah dijemput membuat persembahan di majlis penutup World Humanitarian Summit di Istanbul, sebelum ke Jerman untuk beberapa persembahan gala UNICEF.

Sean telah membuat persembahan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra, The Seattle Symphony, Pacific Symphony di Orange County, California, The Penang Philharmonic dan The Cadaques Orchestra dari Barcelona. Bersama kumpulan retro pop Pink Martini dari Portland, beliau juga telah membuat persembahan di Hollywood Bowl, Los Angeles dan The Esplanade di Singapura. Baru-baru ini, Sean telah muncul memainkan watak George dalam penerbitan La Cage Aux Folles untuk W!LD RICE Productions, Singapura.

Sean _ Ida 1

Tentang Ida Mariana
Pelakon dan penyanyi, Ida Mariana, lebih dikenali menerusi persembahan di lokasi-lokasi muzik
tempatan serta di majlis korporat, dan penglibatan dalam teater muzikal.
Sinonim dengan gelaran ‘Kebaya Jazz’, Ida telah mengumpul pengikut setia di kalangan peminat muzik daripada pelbagai latar belakang; yang sentiasa menantikan beliau tampil membawa suntikan kelainan dalam setiap persembahannya.
Selalu berkolaborasi dengan Sean Ghazi, Ida pernah membuat persembahan di Washington Park Summer Festival di Oregon, AS pada 2013 dan sering beraksi di lokasi muzik terkenal Kuala Lumpur, BOBO Kuala Lumpur.

‘GELORA’ adalah kemunculan pertama Ida di arus muzik perdana Malaysia. Tentang TARAKUCHA!
TARAKUCHA! juga digelar The Terrer-Menerrer Big Band dengan sentuhan vintaj Malaysia. Ia merupakan cetusan idea penyanyi dan pelakon Sean Ghazi, yang juga teraju vokal utama bersama penyanyi Kebaya Jazz, Ida Mariana. Tarakucha! mengetengahkan kugiran yang dianggotai 10 orang pemuzik pimpinan pengarah muzik, Nish Tham, serta menampilkan The Kuchettes – Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline dan Sabrina Hassan.

Repertoir TARAKUCHA! meraikan khazanah muzik Malaysia dengan karya komposer, artis serta penulis lagu unggul tanah air antaranya P. Ramlee, Sudirman, dan Jimmy Boyle sambil mengambil inspirasi muzik global dan membawakan lagu ciptaan baharu dalam stail retro yang serupa. ‘TARAKUCHA!’ melangkau bahasa serta genre muzik jazz, latin dan klasik moden yang dipersembahkan dengan humor, budaya serta teater. Dipentaskan penuh gaya, ia menonjolkan kembali lagu nyanyian zaman kanak-kanak sehinggalah pilihan lagu kontemporari antarabangsa dengan seni kata Bahasa Malaysia, serta lagu klasik lama yang diberi nafas baru.

Tentang Baby Grand Productions Sdn Bhd
Ditubuhkan pada 2003 oleh Penerbit Eksekutif Deborah Michael dan Pengarah Artistik Sean Ghazi, Baby Grand Productions telah menerbitkan muzik serta acara muzik yang pernah meraih anugerah. Ia juga pernah membawa beberapa artis ke peringkat serantau termasuklah bakat tempatan seperti Deanna Yusoff, Izlyn Ramli, Ida Mariana, Hady Afro serta artis antarabangsa seperti penyanyi soprano West End, Stephanie Reese. Baby Grand juga merupakan tulang belakang di sebalik pengendalian aspek artistik lokasi muzik terkenal Bobo KL.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Solo OBI-WAN KENOBI Kini dalam Fasa Pembangunan Awal di Lucasfilm & Disney!

Anime Film Festival Malaysia 2017