in , ,

Filem Sindiket Arahan Terbaru Bade Hj Azmi

[dropcap]P[/dropcap]engarah terkenal, Bade Hj Azmi bakal kembali dengan mengarah filem terbaru berjudul Sindiket terbitan Loyal Studio Sdn Bhd yang akan dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. Filem padat dengan aksi ini akan menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia.

Pengambaran filem yang bernilai RM3 juta akan dijalankan di Kundasang, Sabah mulai 6 Jun ini. Selamat maju jaya Budiey ucapkan buat semua yang menjayakan filem Sindiket.

Sindiket

Pada jam 3 petang semalam, Majlis Pelancaran Filem Sindiket telah berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar dengan dihadiri semua pelakon yang terlibat.

Selain jadi pengarah, Bade juga terlibat dalam setiap peringkat pembikinan, dari sudut teknikal kerja dan produksi hinggalah ke proses penyuntingan untuk filem Sindiket.

Kali terakhir Bade mengarah filem Maut yang ditayangkan pada tahun 2009, bermakna hampir tujuh tahun beliau tak mengarah. Satu jangka masa yang agak lama. Sebelum itu, Bade pernah mencipta rekod jualan pecah panggung untuk filem KL Menjerit, Gangster dan Castello.

Bukan tak ada penerbit yang datang menawarkan untuk menghasilkan filem tetapi beliau berpegang pada prinsip tidak percaya pada penghasilan filem aksi yang berbajet murah. Kerana itu beliau mengambil masa agak lama untuk kembali dengan ledakan filem baru.

“Sebenarnya ini satu takdir yang tidak dirancang. Ini kerana saya sebenarnya sedang dalam perancangan untuk satu filem lain yang berbajet besar. Tiba-tiba Loyal Studio Sdn Bhd muncul dengan cara yang luar biasa. Kami melalui perbincangan yang juga luar biasa. Selama berkarya, belum ada penerbit yang ajak datang ke rumah untuk berbincang. Mereka suka dengan idea dan jalan cerita sindiket.

“Tapi saya kata pada mereka, saya tak percaya pada filem aksi yang bajetnya murah. Dan kalau mereka serius nak buat filem aksi, pelaburannya bukan sikit-sikit. Tapi mereka dengan yakin dan bersungguh mahu Sindiket difilemkan. Akhirnya kami mendapat persetujuan.”

“Sindiket membabitkan banyak pihak seperti Unit Pyrotechnic, Angkatan Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Laut Malaysia, Angkatan Tentera Udara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin. Selain ia juga menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri dan koreografer profesional yang akan mencantikkan lagi pergerakan babak aksi.

“Mengenai pemilihan lokasi, Kundasang dan Pulau Sebatik memang sesuai kerana lokasi ini memang panas dengan isu semasa yang akan kami ketengahkan dalam filem ini iaitu ‘Human Trafficking’ dan Pemerdangan Manusia. Saya juga percaya dengan aktres dan aktor terbaik negara yang saya ada, Sindiket bakal memberikan satu kelainan dan memberi sekaligus saya berharap ia memberi impak yang besar pada industri filem tanah air.”

Dari kaca mata seorang pengarah, Bade yakin pemilihan subjek menjual manusia dirasakan cukup relevan utuk dipaparkan kepada masyarakat umum memandangkan isu ini berkait rapat dengan kehidupan masayrakat dunia, yakni sesiapa pun berisiko menjadi mangsa.

Menyedari isu ini pernah diangkat dalam filem Hollywood antaranya, Taken namun beliau menegaskan apa yang membezakan mengenai Sindiket ini ia membawa penonton menyorot ‘Perdagangan Manusia’ yang berlaku di Malaysia. Berdasarkan kisah benar, Sindiket turut disuntik dengan ‘rasa’ komersil seperti percintaan dan kekeluargaan.

“Sindiket bukan diinspirasi daripada Taken pun. Isunya mungkinn sama, tetapi saya terinspirasi menghasilkan filem ini berlandas kisah benar seorang wanita warga tempatan, yang diperdaya teman lelaki lalu menjualnya kepada pengusaha rumah pelacuran. Dia diberi dadah dan dipaksa melacur.” Sumber Mstar Online. Foto: Faisol Mustafa

Bade Hj Azmi

Sindiket

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Krisis Keluarga Nasihat Fizo Omar Kepada Afiq Muiz

Betul Ke Ogy Ahmad Daud Disingkir Rakan Kongsi?