in ,

Filem RADHE: YOUR MOST WANTED BHAI, Lakonan Superstar Bollywood Salman Khan

Jangan bersedih sebab tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bosan duduk di rumah. Superstar Bollywood, Salman Khan mahu mengajak semua peminatnya untuk beraya bersama.

Istimewa pada lebaran kali ini, Salman Khan kembali beraksi di layar perak dengan filem terbaharunya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai. Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat Bollywood ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.

Kali ini, Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi tetapi dia bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri. Diarahkan Raja Tari, ‘Prabhudeva’, peminat berpeluang melihat aksi Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani. Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda turut memainkan peranan penting dalam filem ini.

Filem RADHE: YOUR MOST WANTED BHA

Plot filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai, ditangani pegawai polis bernama Radhe lakonan Salman Khan. Kehebatan Radhe dalam menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri membuatkan penjenayah berasa gerun sehingga sindiket dadah tersebut berjaya ditumpaskan.

Pengarah MSK Group, Saradha Sivalingam Kalai berkata, MSK Film Production Sdn Bhd bersama anak syarikat kumpulan yang menerajui syarikat pengedaran dan produksi filem yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura berbangga meneruskan usaha mengedarkan filem antarabangsa dari seluruh dunia menerusi pelbagai platform sejak lebih 20 tahun lalu.

“Sebagai salah satu peneraju pengedaran filem antarabangsa, hak cipta filem kami terbukti memberi keuntungan kepada subpengedar di seluruh dunia dan kami meneruskan dengan menjaga hubungan yang harmoni bersama pemamer antarabangsa, stesen TV, OTT dan platform digital.

“Ia suatu yang imperatif apabila kami bersama dan fikir jalan penyelesaian terbaik untuk sinema ketika industri filem berdepan situasi pandemik COVID-19. Kami akan terus memberi sokongan kepada pengusaha pawagam dengan menayangkan filem di pawagam sedaya boleh dan memastikan ia mematuhi peraturan dan protokol yang dinyatakan oleh kerajaan,” katanya.

Filem RADHE: YOUR MOST WANTED BHA

Ujarnya, pihaknya begitu teruja bekerjasama dengan Zee Studios untuk membawa filem Radhe: Your Most Wanted Bhai yang dijangka menjadi filem pecah panggung di Malaysia dan Brunei.

“Kami teruja membawa penonton kembali ke pawagam menerusi kerjasama dengan Zee Studios kali ini agar filem ini dapat mewujudkan atmosfera yang menyeronokkan,” katanya.

Bagi peminat yang menantikan tayangan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai, ia akan ditayangkan menerusi platform Astro First dan tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my) bermula 3 Jun 2021.

Sebagai maklumat tambahan, peminat juga boleh menyaksikan trailer filem Radhe: Your Most Wanted Bhai di sini.

Filem RADHE: YOUR MOST WANTED BHA

Bagi peminat yang mahu menyaksikan pembikinan di sebalik tabir filem ini, boleh tonton di sini.

Bagi mendapatkan lebih rasa teruja menonton filem ini, apa kata berhibur dengan aksi Salman Khan bersama Disha Patani menari dalam muzik video mereka menyanyikan lagu tema, Seeti Maar, ia boleh tonton di sini.

Maklumat lanjut mengenai produk di laman sesawang, www.mskfilm.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Raya Ditahan

Tahniah! Ummi Nazeera Selamat Melahirkan Anak Kedua