in ,

Betul Ke Ogy Ahmad Daud Disingkir Rakan Kongsi?

[dropcap]A[/dropcap]wal tahun ini, pengacara sensasi Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengatakan dia tekad meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus kepada restoran Ogy D’Greenwood yang dibukanya bersama rakan kongsi di sejak bulan November tahun lalu. Restoran itu terletak di Kampung Simpang Tiga, Jalan Greenwood, Gombak, Selangor.

ogy

Selepas hampir enam bulan beroperasi, baru-baru ini khabar angin bertiup kencang membawa berita kononnya Ogy telah digugurkan daripada menguruskan restoran dan dia sudah pun menutup restoran tersebut. Betul?

Menerusi laporan sebuah akhbar, Ogy menyangkal dakwaan bahwa Ogy D’Greenwood telah ditutup namun juri tetap Bintang Mencari Bintang ini mengakui dia sudah tidak lagi menguruskan restorannya itu sejak pertengahan bulan Mac.

Jelasnya, dia telah menghantar surat peletakan jawatan secara rasmi pada bulan April. Tegas Ogy, dia bukan digugurkan tetapi menarik diri dan menganggap rezekinya sudah tidak ada di situ.

“Saya tidak bergaduh atau wujud sebarang konflik (dengan rakan kongsi). Selepas meletakkan jawatan, saya tidak mahu mengungkit sebarang cerita yang tidak baik atau menyalahkan sesiapa, itu bukan sesuatu yang bijak. Restoran itu masih beroperasi, masih ada orang yang perlu mencari rezeki. Bagi saya, sudah tidak ada rezeki di sana, saya terima dan terus berusaha.

Sepanjang enam bulan di sana, Ogy memberitahu dia banyak mempelajari pelbagai ilmu dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menimba ilmu tentang perniagaan makanan.

Tidak bersedih dengan apa yang berlaku, Sebaliknya dia merancang akan bukan restoran sendiri tidak lama lagi dan saya harap peminat doakan yang terbaik untuknya. Sumber: Kosmo!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. buka premis perniagaan tersendiri lebih baik dari berkongsi .. sebab takut ada ketidak seimbangan dalam cara pengurusan.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Sindiket Arahan Terbaru Bade Hj Azmi

Gambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego